awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mujahid, Takiyuddin capai persetujuan tamat saman fitnah
[TERKINI] Faizal Azumu pula umum letak jawatan Pengerusi PN Perak
Bekas pengurus besar Air Kelantan bebas tuduhan rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Khas Pagar Laut: Maritim Perak tahan nelayan asing ceroboh perairan negara

Aida Aziz
Aida Aziz
29/04/2022
03:53 MYT
Op Khas Pagar Laut: Maritim Perak tahan nelayan asing ceroboh perairan negara
Hasil penggeledahan pasukan operasi mendapati, bot itu dikendalikan oleh empat kru termasuk tekong warga Myanmar yang memiliki dokumen pengenalan diri dan berusia dalam lingkungan umur 40 hingga 44 tahun. - Gambar ihsan Maritim Perak
LUMUT: Maritim Malaysia negeri Perak menahan sebuah bot nelayan tempatan Kelas C di kedudukan 7.8 batu nautika barat laut Pulau Jarak kerana melakukan aktiviti penangkapan ikan di zon yang tidak dibenarkan iaitu di bawah 15 batu nautika, semalam.
Pengarahnya, Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata, tangkapan berkenaan dilakukan oleh KM Nyalau ketika melaksanakan Op Khas Pagar Laut di sempadan perairan negara.
"Hasil penggeledahan pasukan operasi mendapati, bot itu dikendalikan oleh empat kru termasuk tekong warga Myanmar yang memiliki dokumen pengenalan diri dan berusia dalam lingkungan umur 40 hingga 44 tahun.
"Kesemua yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu melakukan aktiviti perikanan pada kedudukan 15 batu nautika yang melanggar syarat sah lesen," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Menurutnya, bot dan kru serta hasil tangkapan ikan dianggarkan 200 kilogram diiring ke jeti Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Sitiawan di sini, bagi proses penahanan.
Selain itu siasatan dan tindakan lanjut akan dilaksanakan oleh pegawai penyiasat Maritim Malaysia.
Shahrizan berkata, menerusi penahanan itu, membuktikan Maritim Malaysia sentiasa bersiap siaga dalam menguatkuasakan undang-undang bagi membendung kegiatan jenayah di laut meskipun Aidilfitri bakal menjelang.
Topic Berkaitan
#Op Khas Pagar Laut
#Maritim Perak
#nelayan asing
#ceroboh perairan negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan