awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Ragada: Bekas Datuk Bandar antara empat lagi ditahan

Bernama
Bernama
16/01/2025
11:26 MYT
Op Ragada: Bekas Datuk Bandar antara empat lagi ditahan
Razarudin berkata tangkapan turut membabitkan dua wanita yang masing-masing merupakan pengarah urusan syarikat dan bekas pengurus besar serta seorang lelaki dengan kesemuanya berumur 53 hingga 71 tahun. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Datuk Bandar antara empat lagi individu ditahan hari ini dan semalam menerusi Op Ragada bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram melibatkan sebuah syarikat penyiaran di Kuching, Sarawak.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata tangkapan turut membabitkan dua wanita yang masing-masing merupakan pengarah urusan syarikat dan bekas pengurus besar serta seorang lelaki dengan kesemuanya berumur 53 hingga 71 tahun.
"Kesemua tangkapan dilakukan di Kuching dan polis turut merampas 32 dokumen di sebuah syarikat berasingan di Kuching," katanya ketika dihubungi hari ini.
Razarudin berkata pengarah urusan syarikat dan seorang lelaki terbabit direman dua hari manakala permohonan reman terhadap bekas Datuk Bandar dan bekas pengurus besar akan dibuat esok.
Sebelum ini, polis menahan lima individu termasuk pegawai pengurusan tertinggi stesen penyiaran yang sama berusia antara 26 hingga 62 tahun bagi membantu siasatan.
Seorang daripada mereka dibebaskan dengan jaminan polis manakala bakinya termasuk isteri, anak dan adik ipar pegawai terbabit direman untuk siasatan lanjut.
Siasatan mendapati modus operandi mereka adalah menjalankan aktiviti jenayah pengubahan wang haram melalui transaksi kewangan yang mencurigakan dan kesalahan pecah amanah jenayah, tipu tender dan menganugerahkan tender kepada diri sendiri atau ahli keluarga.
Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613), Seksyen 409 Kanun Keseksaan, Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan Seksyen 23 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Op Ragada
#CEO stesen penyiaran
#PDRM
#pengubahan wang haram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan