awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Soga: Empat ejen bookie perjudian bola sepak ditahan

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
28/11/2022
08:48 MYT
Op Soga: Empat ejen bookie perjudian bola sepak ditahan
Menurut polis, mereka yang ditahan terdiri daripada empat lelaki tempatan berumur antara 22 hingga 57 tahun. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Empat ejen bookie perjudian bola sepak sempena Kejohanan Piala Dunia Qatar 2022 ditahan polis dalam operasi khas Op Soga IX, antara 22 November lalu hingga semalam.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Mohd Sohaimi Ishak berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada empat lelaki tempatan berumur antara 22 hingga 57 tahun.
Katanya, serbuan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di empat lokasi sekitar Johor Jaya dan Ulu Tiram, di sini.
"Ketika ditahan, kita dapati had nilai kredit keseluruhan berjumlah RM75,000.
"Turut dirampas ialah wang tunai RM5,975 dan empat telefon bimbit yang mengandungi catitan disyaki pertaruhan," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Tambah beliau, kesemua suspek kini ditahan reman selama tiga hari sehingga Rabu ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953.
Topic Berkaitan
#ejen bookie
#perjudian bola sepak
#Piala Dunia Qatar 2022
#Op Soga IX
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan