awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Tapis Khas: Polis N.Sembilan tahan 133 individu atas pelbagai kesalahan dadah

Bernama
Bernama
16/10/2023
15:07 MYT
Op Tapis Khas: Polis N.Sembilan tahan 133 individu atas pelbagai kesalahan dadah
Seramai 133 individu ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah menerusi Op Tapis Khas yang dilaksanakan di seluruh Negeri Sembilan selama tiga hari, bermula 10 Okt lepas. - Foto Facebook Polis N.Sembilan
SEREMBAN: Seramai 133 individu ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah menerusi Op Tapis Khas yang dilaksanakan di seluruh Negeri Sembilan selama tiga hari, bermula 10 Okt lepas.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata dalam operasi sama, pihaknya turut merampas pelbagai dadah termasuk heroin, syabu, ganja dan ketamin dengan nilai rampasan sebanyak RM11,863 dan nilai sitaan aset pengedar bernilai RM338,448.
"Kesemua ditahan yang berusia dalam lingkungan 19 hingga 70 tahun itu disiasat mengikut pelbagai seksyen di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985.
"Polis amat serius dalam membanteras dadah habis-habisan dan memfokuskan tangkapan kepada pengedar dadah yang bergiat aktif di negeri ini selain melumpuhkan ekonomi mereka dengan menyita aset dimiliki," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata seramai 5,685 individu ditahan membabitkan pengedar, memiliki dan penagih di negeri ini bagi tempoh 1 Jan hingga 30 Sept lepas.
Ahmad Dzaffir turut memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenai kegiatan berkenaan selain menasihatkan awam supaya lebih prihatin dengan keadaan sekeliling bagi membanteras sebarang kesalahan membabitkan dadah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#op tapis khas
#Polis Negeri Sembilan
#ditahan
#Dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan