awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
World Taekwondo benarkan atlet Rusia dan Belarus sertai kejohanan antarabangsa
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
Singapura akan adakan latihan Simulasi Penipuan Kebangsaan mulai 1 Mac
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

OpenAI, Oracle tandatangani perjanjian perkakasan awanan baharu bernilai RM1.26 trilion

Amanz
Amanz
12/09/2025
05:45 MYT
OpenAI, Oracle tandatangani perjanjian perkakasan awanan baharu bernilai RM1.26 trilion
OpenAI bekerjasama dengan Oracle dan Softbank untuk membangunkan Project Stargate, pusat data AI bernilai $500 bilion menjelang 2029. -Foto Amanz
JIKA anda mengikuti perkembangan dunia teknologi kecerdasan buatan, anda pasti mengetahui bahawa OpenAI sedang dalam proses untuk membangunkan satu projek pusat data AI yang dinamakan Project Stargate di Amerika Syarikat untuk memperkasakan kemampuan AI syarikat dan negara tersebut.

Ringkasan AI
  • OpenAI bekerjasama dengan Oracle dan Softbank untuk membangunkan Project Stargate, pusat data AI bernilai $500 bilion menjelang 2029.
  • Perjanjian bernilai $300 bilion ditandatangani untuk pembelian perkakasan dan teknologi awanan, dengan keperluan kuasa mencecah 4.5GW.
  • Projek ini melonjakkan nilai saham Oracle dan menjadikan Larry Ellison individu terkaya dunia buat sementara waktu.

Terkini, dilaporkan OpenAI telah menandatangani perjanjian untuk membeli perkakasan dan teknologi awanan baharu bersama-sama Oracle yang bernilai $300 bilion (~RM1.2 trilion) sepanjang tempoh lima tahun akan datang untuk projek pusat data ini.
Kedua-dua syarikat ini, bersama-sama dengan pelaburan dari Softbank akan membangunkan pusat-pusat data Project Stargate yang akan memerlukan kapasiti kuasa 4.5GW, dengan OpenAI juga sebelum ini telah menandatangani perjanjian untuk membina cip pemprosesan AI mereka sendiri.
Menjelang 2029, OpenAI dijangka akan membelanjakan sebanyak $119 bilion untuk pembangunan teknologi AI mereka, dari pembangunan perisian, latihan AI dan juga pelaburan dalam pusat data mereka sendiri.
Aktiviti pecah tanah sudahpun bermula untuk Project Stargate, dimana tapak pembangunan untuk pusat data Stargate 1 di Abilene, Texas, dan 19 pusat data lain dijangka bermula sepanjang tahun ini juga.
Keseluruhan pelaburan kewangan untuk Project Stargate dianggarkan bernilai $500 bilion apabila ia dijangka siap sekitar tahun 2029.
Dalam pada itu, pengumuman ini juga telah melonjakkan nilai saham syarikat Oracle, dan menjadikan CEO dan pemilik syarikat, Larry Ellison sebagai manusia terkaya di dunia untuk seketika. -Amanz
Topic Berkaitan
#kecerdasan buatan
#OpenAI
#Oracle
#Softbank
#Project Stargate
#pusat data AI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan