awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

OpenAI perkenal keupayaan suara, imej baharu dalam ChatGPT

Bernama
Bernama
26/09/2023
05:33 MYT
OpenAI perkenal keupayaan suara, imej baharu dalam ChatGPT
OpenAI pada Isnin mengumumkan ia akan memperkenalkan keupayaan suara dan imej baharu dalam ChatGPT. -Gambar fail/Reuters
SYARIKAT penyelidikan kecerdasan buatan (AI) yang berpangkalan di Amerika Syarikat, OpenAI pada Isnin mengumumkan bahawa ia akan memperkenalkan keupayaan suara dan imej baharu dalam ChatGPT.
"ChatGPT kini boleh melihat, mendengar dan bercakap," Agensi Anadolu memetik kenyataan syarikat itu menerusi catatan blog.
Keupayaan baharu itu menawarkan jenis "interface" (mengantaramukakan) yang lebih bersifat intuitif dengan membenarkan pengguna untuk berbual atau menunjukkan kepada ChatGPT apa yang mereka bincangkan.
Pengguna boleh mengambil gambar mercu tanda semasa melancong dan kemudian mendapat maklumat secara langsung tentang perkara yang menarik mengenainya, menurut syarikat itu.
Di samping itu, mereka boleh menggunakan suara untuk berbual dengannya.
Keupayaan baharu itu akan tersedia kepada pengguna ChatGPT Plus dan perusahaan dalam tempoh dua minggu akan datang.
-- AGENSI BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#ChatGPT
#OpenAI
#keupayaan suara dan imej
#kecerdasan buatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan