GADGETS
OpenAI perkenal model bahasa raya baharu GPT-4.5

GPT-4.5 kini ditawarkan kepada pengguna ChatGPT Pro dan akan diperluaskan kepada pengguna ChatGPT Plus. -Amanz
OPENAI hari ini mengemas kini model bahasa raya mereka kepada versi terbaharu dengan memperkenalkan GPT-4.5.
Ringkasan AI
- OpenAI telah mengemas kini model bahasa mereka kepada GPT-4.5, yang menawarkan pengetahuan lebih terkini dan pelbagai kebolehan yang lebih baik berbanding model sebelumnya.
- Walaupun GPT-4.5 masih mempunyai masalah halusinasi, ia dikatakan amat kurang berbanding GPT-4 sebelumnya.
- GPT-4.5 kini ditawarkan kepada pengguna ChatGPT Pro dan akan diperluaskan kepada pengguna ChatGPT Plus.
- OpenAI juga merancang untuk memperkenalkan GPT-5 dalam beberapa bulan akan datang.
OpenAI sendiri memasarkan model ini sebagai model yang “paling berpengetahuan” setakat ini.
Selain itu, ia juga menawarkan pelbagai kebolehan yang lebih baik berbanding sebelum ini, selain lebih selari dengan penggunaan harian dan tidak begitu robotik.
Model ini masih mempunyai masalah halusinasi atau memberikan jawapan yang salah atau tidak wujud. Namun, ia dikatakan amat kurang berbanding GPT-4o sebelum ini.
Model GPT-4.5 ini kini ditawarkan untuk pengguna ChatGPT Pro terlebih dahulu, dan dijangka diperluaskan kepada pengguna ChatGPT Plus secara berperingkat dalam minggu hadapan.
Bergerak ke hadapan, OpenAI juga dijangka memperkenalkan model GPT-5 dalam masa beberapa bulan lagi. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami