KUALA LUMPUR: Pengoperasian Greater Klang Valley Special Task Force (GKVSTF) Tentera Darat ditamatkan selepas 41 hari beroperasi, susulan perkembangan positif situasi pandemik COVID-19 di Lembah Klang.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tindakan tersebut diambil dengan persetujuan GKVSTF bersama Kementerian Kesihatan (KKM), selepas jumlah kes harian COVID-19 mulai menurun, kapasiti hospital semakin terkawal, selain peningkatan jumlah individu yang lengkap divaksinasi.
Beliau berkata dengan penamatan operasi itu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan terus menumpukan terhadap pelbagai pengoperasian berkaitan COVID-19 di seluruh negara.
"Ia antara lain termasuk mendirikan lebih banyak Hospital Medan ATM di negeri-negeri yang dikenal pasti oleh KKM dan menambah pasukan 'Combat Medic Vaccination Team' (CMVT) bagi membantu KKM melaksanakan pemberian vaksin khususnya di kawasan pedalaman," katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu, beliau berkata ATM juga akan meningkatkan kapasiti pemberian vaksin secara pandu lalu kepada masyarakat awam.
Hishammuddin berkata penglibatan anggota Tentera Darat (TDM) dalam GKVSTF sangat efektif dan memberi impak yang besar, sekali gus membantu KKM dalam menangani situasi COVID-19 di semua hospital di Lembah Klang terutama ketika kemuncak krisis.
Katanya melalui pengoperasian tersebut, TDM telah mengatur gerak 1,080 anggota bagi melakukan pelbagai penugasan dalam kawasan Zon Merah COVID-19 di hospital Lembah Klang.
Ia merangkumi menugaskan 'Oxygen Carrier Team' (OSCAR) bagi membantu proses mengangkat, mengisi semula dan menukar ganti 14,258 silinder oksigen, serta menempatkan 'Rapid Resupply Team' (RRT) bagi membantu proses pengambilan dan pengedaran peralatan perubatan yang kritikal.
TDM juga mengatur gerak 'Body Management Team' (BMT) yang telah membantu mengurus 4,442 mayat pesakit COVID-19, yang membolehkan urusan pengendalian mayat dipercepatkan terutama ketika kemuncak krisis pandemik di Lembah Klang.
"Tiada yang mudah bagi melaksanakan setiap operasi tersebut namun dalam apa jua keadaan, ATM tetap fokus dan memanfaatkan setiap kepakaran serta kemudahan yang dimiliki demi memastikan keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat di era COVID-19 yang mencabar ini," katanya.
Hishammuddin turut merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada 1,080 anggota TDM yang terlibat dalam operasi tersebut atas kesanggupan bertugas sepanjang masa, merisikokan nyawa dan berjauhan dengan keluarga demi menyelesaikan misi yang diamanahkan.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua anggota TDM, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia atas khidmat bakti, disiplin dan kesungguhan dalam membantu negara memerangi COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 18 2021
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ATM akan terus menumpukan perhatian terhadap pelbagai pengoperasian berkaitan COVID-19 di seluruh negara. - Gambar fail
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
Operasi GKVSTF Tentera Darat di Lembah Klang ditamatkan
Pengoperasian Greater Klang Valley Special Task Force (GKVSTF) Tentera Darat ditamatkan selepas 41 hari beroperasi, susulan perkembangan positif situasi pandemik COVID-19 di Lembah Klang.