Skip to main content

Malaysia

[TERKINI] Sukan Asia: Azizulhasni Awang sambar emas!

Azizulhasni merangkul pingat emas dalam acara final keirin, Sukan Asia Aichi-Nagoya di Velodrom Izu, sebentar tadi. - Stadium Astro
Azizulhasni merangkul pingat emas dalam acara final keirin, Sukan Asia Aichi-Nagoya di Velodrom Izu, sebentar tadi. - Stadium Astro

Advertisement

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang merangkul pingat emas dalam acara final keirin, Sukan Asia Aichi-Nagoya di Velodrom Izu, sebentar tadi. 

Henjutan saat akhir The Pocket Rocketman itu memastikan dia meraih emas menewaskan pencabar terdekat dari China, Li Zhiwei, dengan catatan masa 10.330s.

Sementara itu, seorang lagi wakil negara,Shah Firdaus Sahrom, menamatkan saingan di kedudukan kelima dengan catatan masa 10.678s.

Untuk rekod, dilaporkan ini merupakan pentas terakhir Azizulhasni di Sukan Asia. 

Ini merupakan pingat ketiga dalam acara keirin selepas menang emas dalam edisi Guangzhou pada 2010, gangsa di Jakarta pada 2018. - Stadium Astro

 

Must Watch Video

Advertisement