awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak kapal maut selepas kemalangan dalam perlumbaan rentas Atlantik
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, mata wang utama lain
Suri rumah rugi lebih RM50,000 ditipu sindiket skim pelaburan tidak wujud
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi haji 1446H/2025M paling baik, diiktiraf kerajaan Arab Saudi - Mohd Na'im

Bernama
Bernama
10/07/2025
23:00 MYT
Operasi haji 1446H/2025M paling baik, diiktiraf kerajaan Arab Saudi - Mohd Na'im
Mohd Na'im (dua, kiri) menyambut kumpulan terakhir jemaah haji Malaysia sebanyak 264 orang yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, pada Khamis. - Gambar Bernama
SEPANG: Pengurusan operasi haji bagi tahun 1446H/2025M adalah yang terbaik dan mendapat pujian serta pengiktirafan kerajaan Arab Saudi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Beliau berkata, bagi operasi haji kali ini, Lembaga Tabung Haji (TH) menerima Anugerah Tertinggi Labaytum 'Diamond Award' untuk pengurusan jemaah haji terbaik dunia daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
"Bagi tahun operasi 1446H/2025M ini agak istimewa sebab kita menerima 'Diamond Award', ia satu penghargaan tertinggi yang diberikan kepada TH hasil daripada pengurusan yang terbaik.
"Ia adalah usaha yang ditunjukkan oleh semua pihak, khususnya daripada pihak pengurusan tertinggi hingga kepada warga kerja TH. Kerja berpasukan antara faktor bagaimana pengurusan TH berjaya berjalan dengan baik," katanya.
Mohd Na'im berkata demikian kepada pemberita selepas menyambut ketibaan 264 orang jemaah haji yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini, pada Khamis.
Turut hadir Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain dan Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun.
Mohd Na'im berkata, pada operasi haji kali ini, sebanyak 22 jemaah haji Malaysia meninggal dunia di tanah suci berbanding 28 orang pada tahun sebelumnya.
"Kebanyakan jemaah haji yang meninggal dunia ini ada kaitan dengan (penyakit) jantung...sebanyak 20 jemaah haji diserang sakit jantung dan meninggal dunia manakala dua orang mungkin disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru," katanya.
Sementara itu, beliau memuji jemaah haji Malaysia yang berdisiplin dan sentiasa mematuhi setiap peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Selain itu, Mohd Na'im turut merakamkan penghargaan kepada semua organisasi media yang membuat liputan dengan baik pada operasi haji tahun ini.
"Laporan media bukan sahaja dapat menaikkan imej TH malah rakyat dapat lihat setiap usaha dan kerja yang dilakukan oleh warga TH dalam memastikan jemaah dapat melakukan ibadat haji dengan sempurna tanpa ada perlu rasa bimbang dari segi keselamatan dan kesihatan," katanya.
Beliau berkata, operasi bagi tahun 1446H/2025M akan tamat secara rasmi dengan ketibaan 232 orang jemaah haji daripada kumpulan terakhir esok (hari ini), pada 12.10 tengah hari.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tabung Haji
#umrah
#pihak pengurusan tertinggi
#penghargaan tertinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan