KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur melaksanakan Operasi Hormat Undang-Undang Jalan Raya di sekitar ibu negara bagi memberi pendedahan, kesedaran dan pendidikan kepada pengguna jalan raya dalam mematuhi undang-undang.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata operasi sebegini dilaksanakan untuk meningkatkan lagi kesedaran pengguna jalan raya dalam mematuhi undang-undang jalan raya yang ketika ini dilihat sering dipandang ringan.
Beliau berkata operasi dilakukan selama sebulan bermula Sabtu lepas hingga 31 Julai ini dengan memberi keutamaan kepada tiga fokus iaitu langgar lampu merah, membuat pusingan U di lokasi tidak sepatutnya dan memberhentikan kenderaan di petak kuning.
"Buat pertama kali (hari ini), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur melaksanakan operasi ini pada waktu puncak (bagi mendidik orang ramai supaya membudayakan dan memartabatkan undang-undang). Waktu puncak atau tidak, kesalahan itu tetap dilakukan pengguna jalan raya dengan begitu kerap (seperti langgar lampu merah dan memberhentikan kenderaan di petak kuning).
"Apa yang kami buat hari ini adalah untuk menguatkuasakan undang-undang dan menyelaraskan lalu lintas dengan dua pasukan ditugaskan iaitu pasukan penguat kuasa serta pasukan mengawal lalu lintas," katanya ketika ditemui pemberita semasa operasi di sekitar Bukit Bintang di sini hari ini.
Mohd Shuhaily berkata operasi pada hari ini akan dilaksanakan di 16 lokasi hot spot yang telah dikenal pasti di sekitar ibu negara dan setiap lokasi berbeza pada setiap hari sepanjang operasi dilaksanakan dalam tempoh sebulan ini.
Beliau berkata ibu negara kini terserlah dengan pelbagai bangunan yang tersergam indah dengan pembangunan infrastruktur di tahap kelas pertama namun mentaliti pengguna jalan raya dalam mematuhi undang-undang masih di tahap rendah.
"Kita ambil contoh, ada pemandu kereta yang kita lihat tadi menekan hon supaya kenderaan di hadapannya meneruskan perjalanan sedangkan lampu merah menyala dengan alasan sebelum ini 'boleh sahaja jalan'," katanya.
Beliau berkata operasi pada hari ini juga turut dijalankan di Desa Aman, Bukit Kerinchi dan Desa Tasik, Sungai Besi yang merupakan kawasan penempatan pegawai dan anggota polis.
"Kami tidak mahu sekadar membimbing orang ramai tetapi juga mendidik pegawai dan anggota kami supaya mereka juga mematuhi undang-undang. Pada masa sama, kami juga menumpukan penunggang motosikal warga asing yang tidak mempunyai lesen (memandu) yang sudah semestinya tidak mempunyai insurans," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 03 2023
Mohd Shuhaily berkata operasi sebegini dilaksanakan untuk meningkatkan lagi kesedaran pengguna jalan raya. - Gambar fail
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Polis tahan 21 pelacur warga asing dalam serbuan di hotel murah di KL
Polis menahan 21 wanita warga asing dipercayai pelacur dalam serbuan Op Noda Khas #KLStrikeForce di lima hotel murah sekitar sini malam tadi, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa.
Polis rakam keterangan tujuh individu buat himpunan solidariti depan Kedutaan AS
Datuk Rusdi berkata pihak penganjur tidak menyerahkan notis pemakluman kepada polis serta tidak mendapat kebenaran daripada pemilik premis.
Polis Kuala Lumpur lupus dadah bernilai RM36.43 juta
Rampasan dadah dalam pelbagai serbuan sejak 2003 yang cukup untuk membekalkan 1.2 juta pengguna akan melalui proses pelupusan dengan cara dibakar pada Rabu.
Operasi susulan banteras warga asing akan dilaksanakan - Ketua Polis KL
Satu operasi susulan menggempur pendatang tanpa izin akan dijalankan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman.
Langkah Dubai: Polis KL terima 13 laporan hari ini - Allaudeen
Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini menerima 13 laporan berhubung gerakan 'Langkah Dubai' yang dikatakan bertujuan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Polis KL lupus dadah bernilai RM8.89 juta
Polis akan melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai RM8.89 juta yang dirampas sekitar ibu negara dari 2001 hingga 2021, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid.
44 pegawai polis KL dinaikkan pangkat DSP, ASP
Seramai 44 pegawai polis Kuala Lumpur dinaikkan pangkat sebagai pegawai kanan, bagi mengiktiraf usaha dan sumbangan mereka dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Polis KL asah kemahiran hadapi banjir kilat
Tujuan latihan ini adalah untuk menjalankan tugas kecemasan penyelamatan di air sewaktu bencana dengan memberi pendedahan berkaitan pengendalian bot secara teratur untuk misi menyelamat mangsa.
Sindiket penipuan tawaran kerja melalui e-dagang tumpas, 20 ditahan
Polis menumpas satu sindiket penipuan tawaran kerja melalui platform e-dagang dengan penahanan 20 individu dalam serbuan di tiga premis di sekitar ibu kota Isnin lepas.
Geng gagak hitam aktif menyamun ditembak mati
Polis giat memburu dua lelaki warga asing dipercayai rakan subahat kepada geng warga Afrika yang ditembak mati dekat Ampang, di sini semalam.