awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi susulan banteras warga asing akan dilaksanakan - Ketua Polis KL

Bernama
Bernama
13/01/2024
16:39 MYT
Operasi susulan banteras warga asing akan dilaksanakan - Ketua Polis KL
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid (tengah) ketika sidang media selepas menghadiri program tinjauan mesra di sekitar Lorong Haji Taib. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Satu operasi susulan menggempur pendatang tanpa izin akan dijalankan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid.
Beliau berkata operasi berkenaan sama seperti yang dijalankan di Jalan Silang pada Disember tahun lepas.
"Kita tahu warga asing banyak, sama ada yang mempunyai dokumen atau tidak. Secara umumnya kebanyakan mereka yang bekerja memilik dokumen.
"Kita tidak nafikan terdapat mereka yang tidak mempunyai dokumen iaitu warga asing atau pendatang tanpa izin," katanya ketika program jelajah mesra di Jalan Chow Kit malam ini.
Allaudeen berkata program jelajah mesra di Jalan Chow Kit dan Lorong Haji Taib itu diadakan susulan beberapa laporan yang kurang baik menerusi media berkaitan lokasi berkenaan.
"Kita bawa rakan media pada malam ini bagi melihat sendiri keadaan di Jalan Chow Kit dan Lorong Haji Taib yang satu ketika dulu dikenali dengan aktiviti pelacuran, pondan dan dadah.
"Alhamdulillah, hari ini kita tengok kawasan ini jauh lebih baik berbanding 20 tahun lepas. Kita telah bersihkan dengan bantuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO)," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#operasi susulan
#banteras warga asing
#pendatang tanpa izin
#Bukit Aman
#Polis KL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan