awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi ICU Hospital Queen Elizabeth II seperti biasa, dua petugas positif

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
10/10/2020
11:11 MYT
Operasi ICU Hospital Queen Elizabeth II seperti biasa, dua petugas positif
KKM mengesahkan berlaku jangkitan COVID-19 melibatkan petugas kesihatan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan berlaku jangkitan COVID-19 melibatkan petugas kesihatan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Queen Elizabeth II (HQE II), Kota Kinabalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata saringan telah dilakukan dan mendapati dua petugas kesihatan disahkan positif virus tersebut.
Bagaimanapun katanya, perkhidmatan di ICU HQE II masih berjalan seperti biasa, namun terpaksa mengurangkan jumlah pesakit daripada lapan kepada enam pesakit.
"Pihak kami masih lagi menyiasat sama ada virus tersebut telah merebak atau menjangkiti dalam komuniti serta di hospital," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau turut mengesahkan kesemua pesakit di dalam ICU bebas COVID-19.
Jelasnya, sejak wabak tersebut mula menular di negara ini, sejumlah 198 petugas kesihatan di Sabah telah dijangkiti.
"Secara keseluruhannya, sejak permulaan wabak COVID-19 sehingga 9 September 2020, 579 orang kakitangan kesihatan dan perubatan KKM dari pelbagai kategori skim perkhidmatan telah dijangkiti COVID-19.
"Pun begitu khusus untuk negeri Sabah, bagi tempoh yang sama, 198 orang kakitangan KKM telah dijangkiti COVID-19 di mana dalam bulan Oktober sahaja telah mencatat jumlah paling tinggi setakat ini iaitu 85 orang, berbanding bulan September iaitu 66 orang," katanya.
BACA: COVID-19: 374 kes baharu, tiga korban dilaporkan hari ini
Pihaknya akan sentiasa memastikan semua petugas kesihatan mematuhi segala protokol pengendalian kes dengan patuh bagi mengelak jangkitan berlaku dalam kalangan petugas kesihatan.
Topic Berkaitan
#Hospital Queen Elizabeth
#unit rawatan rapi
#COVID-19
#KKM
#Kementerian Kesihatan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#petugas kesihatan
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan