awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Musk ikrar bina bandar di bulan, Marikh
Cadangan penyediaan perkhidmatan transit aliran automatik di Putrajaya tidak diteruskan
Pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah ceroboh tanah persendirian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi kaunter permohonan pasport di UTC dilanjutkan hingga 10 malam bermula Rabu ini

Bernama
Bernama
23/05/2022
10:22 MYT
Operasi kaunter permohonan pasport di UTC dilanjutkan hingga 10 malam bermula Rabu ini
Orang ramai juga diminta merujuk kepada maklumat terkini dalam portal rasmi dan media sosial rasmi Jabatan Imigresen bagi mengelak berlakunya kesesakan di kaunter PMA khususnya di waktu pagi. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Semua pejabat imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Semenanjung Malaysia akan beroperasi sehingga pukul 10 malam bermula Rabu ini (25 Mei) bagi memudahkan urusan orang ramai mendapatkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA).
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, bagaimanapun, pejabat UTC di Perlis, Terengganu dan Pahang hanya beroperasi sehingga pukul 6 petang kerana jumlah permintaan PMA masih rendah.
"Pemanjangan waktu operasi UTC ini adalah tambahan kepada waktu operasi pejabat-pejabat pengeluar PMA yang dibuka sehingga pukul 10 malam dan hari Sabtu, sepertimana yang telah diumumkan sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Orang ramai juga diminta merujuk kepada maklumat terkini dalam portal rasmi dan media sosial rasmi Jabatan Imigresen bagi mengelak berlakunya kesesakan di kaunter PMA khususnya di waktu pagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PUSAT TRANSFORMASI BANDAR
#Semenanjung Malaysia
#Khairul Dzaimee Daud
#Pasport Malaysia Antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan