awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi khas rampas skuter elektrik di Pulau Pinang

Bernama
Bernama
06/03/2024
08:53 MYT
Operasi khas rampas skuter elektrik di Pulau Pinang
MBPP memaklumkan pihaknya tidak mengeluarkan sebarang lesen atau permit ke atas mana-mana pengusaha untuk menjalankan aktiviti sewaan kenderaan itu. - Gambar/ MBPP
GEORGE TOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) merampas 44 e-skuter dalam dua serbuan di sini menerusi operasi khas bermula 6 petang semalam.
Menurut kenyataan oleh pihak berkuasa tempatan itu, sebanyak 32 e-skuter telah dirampas di premis pertama dan seorang pekerja yang dipercayai warga asing telah melarikan diri sejurus melihat ketibaan pasukan operasi khas itu, manakala 12 lagi e-skuter telah dirampas di premis kedua berhampiran lokasi pertama serbuan.
"Pemeriksaan juga mendapati kedua-dua premis tersebut tidak mempunyai lesen yang sah dari MBPP dan kesemua kenderaan mikromobiliti tersebut serta dokumen pembuktian telah dirampas oleh Jabatan Pelesenan bagi tindakan selanjutnya," menurut kenyataan itu.
MBPP memaklumkan pihaknya tidak mengeluarkan sebarang lesen atau permit ke atas mana-mana pengusaha untuk menjalankan aktiviti sewaan kenderaan itu.
"MBPP juga tidak berkompromi dalam melaksanakan tindakan tegas penguatkuasaan dan akan terusmembuat pemantauan dari semasa ke semasa secara berterusan bagi mengekang aktiviti e-skuter yang memberikan kesan negatif ke atas keselamatan orang awam," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MBPP
#serbuan e-skuter
#skuter elektrik
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan