awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi LRA Bukit Pinang dihenti, 65,000 di Kota Setar, Kubang Pasu terjejas

Bernama
Bernama
09/03/2025
14:44 MYT
Operasi LRA Bukit Pinang dihenti, 65,000 di Kota Setar, Kubang Pasu terjejas
SADA memaklumkan bahawa henti tugas LRA Bukit Pinang itu menyebabkan pengguna di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu terjejas bermula 4.30 petang tadi. - Gambar FB SADA
ALOR SETAR: Kira-kira 65,000 akaun pengguna Syarikat Air Darul Aman (SADA) mengalami gangguan bekalan air selepas operasi Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Pinang Fasa 1, 2, dan 3 dihentikan akibat litar pintas serta kerosakan pada sistem dalaman elektrikal pam air mentah.
SADA, dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook, memaklumkan bahawa henti tugas LRA Bukit Pinang itu menyebabkan pengguna di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu terjejas bermula 4.30 petang tadi sehingga kerja-kerja pembaikan dan pengagihan semula bekalan air selesai.
Senarai kawasan yang terjejas akibat kejadian itu boleh diperoleh daripada laman sosial Facebook SADA.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena, Pegawai Bomba Tinggi II Bakar Saad, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 3.11 petang sebelum tiba di lokasi kira-kira 15 minit kemudian.
"Kebakaran berlaku di LRA Bukit Pinang, dan setibanya di lokasi, didapati kebakaran berlaku pada kotak agihan bekalan elektrik (DB Box), manakala bekalan elektrik telah dipotong oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB)," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan air
#Facebook
#litar pintas
#laman sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan