JOHOR BAHRU: Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya yang mula beroperasi sepenuhnya hari ini berjalan dengan lancar dan sempurna tanpa sebarang masalah setakat ini.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong bagaimanapun berkata pasukan teknikal Rapid Rail serta pihak pengilang peralatan asal (OEM) Thales Group akan terus memantau perjalanan untuk beberapa hari bagi memastikan penambahbaikan dapat dilakukan segera.
Beliau berkata pihak Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) juga sentiasa melaporkan perkembangan mengenai perkhidmatan LRT itu dari semasa ke semasa.
"Pagi ini saya dapat laporan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Mohd Azharuddin Mat Sah tentang perkembangan terbaru, laporan yang dikemukakan kepada saya ialah semua tren dan sistem memang sempurna serta setakat ini tiada sebarang masalah.
"Bagaimanapun, saya telah berpesan kepada Prasarana dan pasukan teknikal Rapid Rail kita serta OEM, kita kena pastikan dalam tempoh ini operasinya mantap dan pantau perjalanan untuk beberapa hari lagi, supaya jika ada apa-apa berlaku kita dapat melakukan penambahbaikan segera," katanya kepada pemberita ketika melawat Johor Bahru Ancient Temple, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan mengenai LRT laluan Kelana Jaya yang beroperasi semula hari ini setelah digantung pada 9 Nov lepas susulan perkhidmatan yang didapati tidak stabil.
Wee berkata perkhidmatan LRT itu yang beroperasi sepenuhnya bermula 6 pagi tadi, iaitu dua hari lebih awal daripada jangkaan diharapkan dapat terus berjalan seperti biasa.
"Pengoperasian semula LRT ini dinanti-nantikan, setelah pengujian empat hari beturut-turut dan bermesyuarat bagi memastikan aspek keselamatan dilihat dan jadi keutamaan.
"Saya juga meminta Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) hantar pasukan mereka untuk buat pengesahan tentang keselamatan, kerana ia suatu perkara yang perlu dititikberatkan, kalau berlaku sebarang perkara dan tidak yakin dengan sistem yang ada, maka perlu buat intervensi secepatnya untuk melindungi pengguna," katanya.
Sementara itu, Wee pada masa sama berkata syarikat penerbangan di negara ini diminta untuk meningkatkan frekuensi penerbangan masing-masing terutama pada waktu tengah malam ketika musim perayaan.
"Saya telah meminta sebelum ini, supaya Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), supaya kita dapat menambah kekerapan penerbangan kepada penumpang yang sekali gus kurangkan bebanan rakyat khususnya masa perayaan.
"Kalau boleh, guna penerbangan tengah malam kerana tidak sibuk tanpa menjejaskan mutu dan kerja penyelenggaraan, maka mereka boleh diizinkan terbang, jadi sekurang-kurangnya pada Tahun Baru Cina dan seterusnya Hari Raya Aidilfitri berjalan lancar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 14 2022

Ka Siong berkata pasukan teknikal Rapid Rail serta pihak Thales Group akan terus memantau perjalanan untuk beberapa hari bagi memastikan penambahbaikan dapat dilakukan segera. - Gambar fail

Baling botol kaca: Tujuh individu termasuk tiga wanita ditahan
Kesemua mereka yang berusia 21 hingga 31 tahun itu, ditahan semalam dan hari ini di sekitar Dang Wangi.

Online Scam | DPDM sambut baik kerjasama Malaysia Singapura tangani isu
Hala tuju kerjasama Malaysia Singapura dalam menangani isu penipuan dalam talian bakal menjadi pemangkin merancakkan lagi sektor perniagaan digital di negara ini. Presiden Dewan Perniagaan Digital Malaysia, Chris Daniel Wong berkata pihaknya menyambut baik kerjasama perkongsian maklumat dan kepakaran dalam menangani isu ini.

Thaipusam | Batu Caves terus jadi tumpuan
Kehangatan sambutan Thaipusam sehingga petang ini masih lagi meriah dengan pengunjung tidak putus masuk dan keluar di Batu Caves. Untuk perkembangan lanjut kita terus bersama Raja Hisyam Raja Zaid yang berada di sana sejak pagi tadi.

Dilantik Penasihat Kanan: 'Beri peluang kepada Nurul Izzah', sindir Ahmad Faizal
Ahmad Faizal berkata, jika seorang ayah melantik anaknya sendiri, sudah tentu Nurul Izzah mempunyai kebolehan yang 'sangat hebat'.

Keselamatan | Keupayaan teknologi ketenteraan dan ancaman global
Keupayaan teknologi ketenteraan dan ancaman global

Pantau Kerajaan Baharu | Kewajaran penjualan mercun dan bunga api
Tan Sri Lee Lam Thye

Thaipusam | Sambutan Thaipusam meriah
Bersama Raja Hisyam Raja Zaid di Batu Caves.

Larangan import produk petroleum Rusia ke EU berkuat kuasa Ahad
Langkah itu bertujuan untuk mengehadkan pendapatan Rusia dari membiayai operasi ketenteraannya ke atas Ukraine.

Salahuddin Ayub alu-alukan pembentukan 'Kabinet Bayangan'
Salahuddin berkata, pengalaman beliau sebagai bekas Ahli Parlimen Pembangkang memberi gambaran tentang keperluan 'Kabinet Bayangan'.

Diserang Jerung | Remaja perempuan maut akibat kecederaan parah
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun maut selepas diserang seekor jerung ketika berenang di sungai di Australia Barat. Mangsa berasal dari Perth cedera parah apabila spesies jerung yang tidak diketahui menyerangnya di Sungai Swan di Fremantle, Perth.

Operasi LRT Laluan Kelana Jaya lancar tanpa sebarang masalah
Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya yang mula beroperasi sepenuhnya hari ini berjalan dengan lancar dan sempurna tanpa sebarang masalah setakat ini.