Skip to main content

Malaysia

Operasi pembenihan awan akan dilaksanakan segera di beberapa kawasan - Ahmad Zahid

SUBANG, 12 Jun -- Anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) giat bertugas ketika Operasi Pembenihan Awan hari ini.  Operasi tersebut dilakukan di Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang, Pulau Pinang dengan menggunakan pesawat C-130 Hercules.  --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA
Antara kawasan terlibat ialah Empangan Batang Ai, Bakun, Murum, Bengoh, Gerugu, Assyakirin, Sika dan Matang di Sarawak. - Gambar fail/Bernama
Advertisement

SHAH ALAM: Operasi Pembenihan Awan (OPA) akan dilakukan secara berperingkat melibatkan 13 kawasan di tiga negeri berikutan keadaan jerebu yang semakin memburuk, dan membantu lokasi terkesan akibat cuaca panas, bermula 3 hingga 5 Sept ini. 

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kawasan terlibat ialah Empangan Batang Ai, Bakun, Murum, Bengoh, Gerugu, Assyakirin, Sika dan Matang di Sarawak.

Beliau berkata kawasan yang terlibat di Kedah ialah Empangan Pedu, Muda, Ahning dan Beris, manakala di Perlis melibatkan Empangan Timah Tasoh, serta akan dilaksanakan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama Jabatan Meteorologi (METMalaysia) dan Tentera Udara Malaysia. 

“OPA akan dijalankan dengan sesegera yang mungkin, dan kita akan meminta MetMalaysia memberikan nasihat … . Kita merasakan negeri Sarawak wajib dibantu kerana kebakaran di Kalimantan merebak terlalu luas dan menjejaskan kira-kira tiga per empat wilayah Sarawak,” katanya. 

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen Belia Desa 2026 di sini hari ini, yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang. 

Terdahulu, media melaporkan lima kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap berbahaya dengan Serian mencatatkan bacaan tertinggi, iaitu 415.

Berdasarkan maklumat Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), setakat pukul 6 pagi tadi, Kuching merekodkan bacaan IPU 405 diikuti Samarahan (369), Sri Aman (355) dan Sarikei (328).

Selain itu, empat lagi kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan pada tahap sangat tidak sihat, iaitu Sibu dengan 298, Mukah (228), Samalaju (218) dan Bintulu (221).

Sementara itu, empat kawasan merekodkan bacaan pada tahap tidak sihat dengan ILP Miri mencatatkan bacaan tertinggi, iaitu 184 diikuti Miri (178), Kapit (176) dan Limbang (166).

-- BERNAMA 

Must Watch Video

Advertisement