BUKIT MERTAJAM: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang menyita 22 kenderaan yang dipandu warga asing dalam Ops Khas Pemandu Warga Asing (PeWA) di Bulatan Tun Hussain Onn, Seberang Jaya di sini semalam.
JPJ Pulau Pinang memaklumkan kenderaan yang disita membabitkan 17 motosikal, empat kereta dan sebuah van, dipandu warga Pakistan, Rohingya, Bangladesh, Myanmar serta lndonesia kerana tidak memiliki sebarang dokumen sah khususnya tiada lesen memandu.
"JPJ turut mengeluarkan 63 saman kepada pemandu warga asing. Tiada lesen memandu antara kesalahan tertinggi yang dikesan seterusnya Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans," menurut hantaran di Facebook jabatan itu hari ini.
Operasi itu dijalankan bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) bagi memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap ketidakpatuhan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Kaedah-Kaedah di bawahnya terhadap pemandu warga asing yang memandu di negeri ini.
Pihak JIM Pulau Pinang turut membuat tangkapan ke atas lima warga asing yang tiada dokumen pengenalan diri yang sah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 18 2024
Kenderaan yang disita membabitkan 17 motosikal, empat kereta dan sebuah van, dipandu warga Pakistan, Rohingya, Bangladesh, Myanmar serta lndonesia. - Foto FB JPJ Pulau Pinang
Selangor sasar noktah miskin tegar Julai ini - MB
Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Selangor merekodkan sejumlah 861 keluarga masih berada dalam kategori miskin tegar.
Mesir-Perancis bincang gencatan senjata, bantuan kemanusiaan di Gaza
Mereka menekankan keperluan segera untuk gencatan senjata dan membincangkan beberapa inisiatif yang bertujuan menyelesaikan krisis tersebut.
Kitaro di Festival Muzik Hutan Hujan Dunia 2024
Kitaro bakal membuat persembahan pada Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF) 2024 pada 28-30 Jun ini.
PH kerja keras pertahan DUN KKB, tidak mahu berasa selesa
Walaupun berjaya menguasai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) selama tiga penggal sejak 2013, namun ia bukanlah tiket untuk Pakatan Harapan (PH) berasa selesa.
MDKpr nafi curi haiwan ternakan dalam kandang
Ahmad Suqairy berkata haiwan itu ditangkap dalam operasi oleh Bahagian Penguatkuasaan MDKpr pada 23 Apr lalu di kawasan Kolej TAR.
488 acara dipertandingkan di SUKMA Sarawak 2024 - MSN
Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) secara rasmi bersetuju menawarkan sejumlah 488 acara dipertandingkan pada temasya SUKMA Sarawak 2024.
Petronas Dagangan catat jualan lebih 16 bilion liter bahan api pada 2023
PDB merekodkan peningkatan perolehan sebanyak dua peratus didorong jumlah jualan lebih tinggi dan keuntungan selepas cukai yang meningkat.
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$1.61 bilion, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Kemunculan Momota di gelanggang pastinya dirindui - Pemain badminton dunia
Momota bakal bersara daripada arena sukan badminton antarabangsa selepas Piala Thomas 2024 yang sedang berlangsung di Chengdu.
Akta Sewaan Kediaman perlu digubal segera bagi pelihara hak pemilik, penyewa
Pertubuhan Sewaan Kediaman Kebangsaan hari ini meminta kerajaan menggubal Akta Sewaan Kediaman dengan segera bagi memastikan hak pemilik kediaman dan penyewa sentiasa terpelihara di negara ini.
JPJ Pulau Pinang pergiat operasi kesan pemandu warga asing tanpa lesen
JPJ Pulau Pinang memandang serius kesalahan memandu kenderaan tanpa lesen kerana ia menunjukkan trend peningkatan sejak kebelakangan ini.
Operasi PeWA: JPJ Pulau Pinang sita 22 kenderaan, keluar 63 saman
JPJ Pulau Pinang menyita 22 kenderaan yang dipandu warga asing dalam Ops Khas Pemandu Warga Asing (PeWA) di Bulatan Tun Hussain Onn, Seberang Jaya.
12 bas ekspres disaman tiada pemandu kedua
12 bas ekspres disaman dalam operasi penguatkuasaan JPJ Pulau Pinang kerana tidak menyediakan pemandu kedua bagi perjalanan melebihi 300 kilometer.
Op Khas kenderaan perdagangan, JPJ keluarkan 177 saman
JPJ Pulau Pinang mengeluarkan 177 saman terhadap kenderaan perdagangan yang membawa lebih muatan dan pelbagai kesalahan lain dalam Op Khas.
JPJ Pulau Pinang keluar 166 saman dalam Ops Khas Bersepadu
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan 166 saman hasil pemeriksaan terhadap 455 kenderaan menerusi Ops Khas Bersepadu di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR).
JPJ keluar 129 saman, sita 13 motosikal
Sebanyak 129 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan dan 13 motosikal disita dalam Op Khas Motosikal yang dijalankan di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, hari ini.
Ops Lejang Mega: JPJ Pulau Pinang keluar 442 saman
Sebanyak 442 notis saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang ke atas penunggang motosikal menerusi Ops Lejang Mega di empat lokasi bermula semalam hingga awal pagi tadi.
JPJ Pulau Pinang keluar 103 notis saman pelbagai kesalahan
Sebanyak 103 notis saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan, termasuk kenderaan berat serta penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan lalu lintas.
JPJ P.Pinang keluar 102 saman dalam Op Rempit
JPJ Pulau Pinang mengeluarkan 102 notis saman ke atas penunggang motosikal dalam operasi pencegahan lumba haram di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, semalam.
JPJ P. Pinang sita tujuh kenderaan pekerja
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang menyita tujuh kenderaan pekerja termasuk van kilang dalam operasi yang dijalankan di sekitar kawasan Perindustrian Batu Kawan dan Bandar Cassia.