awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki menyamar anggota polis, ugut remaja perempuan ditahan
Saman sivil SRC: Najib akui RM42 juta dalam akaun peribadi bukan derma dari Arab Saudi
MCMC rakam keterangan Ketua Editor dan Pengarang Dalam Talian China Press
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi SAR mangsa dibawa arus di Taman Prima Saujana disambung pagi ini

Bernama
Bernama
05/12/2025
03:30 MYT
Operasi SAR mangsa dibawa arus di Taman Prima Saujana disambung pagi ini
Menurut Ahmad Mukhlis, kawasan pencarian kini telah memasuki Sungai Langat. --fotoBERNAMA
KAJANG: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja lelaki yang dikhuatiri lemas selepas didakwa dibawa arus deras dalam longkang besar di Taman Prima Saujana di sini semalam, bersambung pagi ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata operasi bersambung pada 8 pagi.
"Kawasan pencarian kini telah memasuki Sungai Langat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, tinjauan Bernama di lokasi mendapati pasukan SAR yang turut melibatkan anggota bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) giat melakukan pencarian mangsa berusia 14 tahun itu.
Semalam, dua beradik lelaki berusia 12 dan 14 tahun dikhuatiri lemas selepas didakwa terjatuh dan dihanyutkan arus deras ketika cuba mengambil bola dalam longkang besar di Lorong 1/3A, Taman Prima Saujana di sini.
Mangsa berusia 12 tahun ditemukan pada 7.47 malam tadi di Sungai Merbau di Kampung Sungai Kantan, iaitu kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian dan disahkan meninggal dunia di Hospital Kajang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lemas
#Taman Prima Saujana
#SAR
#Kajang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan