TOKYO: Syarikat kereta api Jepun Timur menggantung semua perkhidmatan kereta api laju atau Shinkansen di laluan Joetsu dan Hokuriku di seluruh wilayah Ishikawa kerana beberapa siri gempa bumi kuat sehingga 7.6 magnitud yang telah menggegarkan pantai tengah Jepun sejak petang Isnin.
Menurut pihak berkuasa Kereta Api Jepun, pada masa ini tiada rancangan untuk menyambung semula operasi.
Salah seorang wartawan rangkaian televisyen Global China (CGTN) yang secara kebetulan berada di dalam tren Kagayaki Shinkansen ketika ia dihentikan sementara ketika menuju ke Kanazawa mendapati, kebanyakan penumpang meninggalkan kereta api dan mengambil laluan lain sebaik sahaja menerima penggera kecemasan melalui telefon bimbit.
Menurut wartawan itu, pihak berkuasa Kereta Api Jepun juga telah mengesyorkan agar penumpang mendapatkan air dan makanan dari kedai serbaneka terdekat, kerana mereka tidak dapat memberikan jangka masa tertentu bila perkhidmatan itu akan disambung semula.
Agensi Meteorologi Jepun (JMA) berkata gegaran besar berlaku pada jam 4.10 petang waktu tempatan (0710 gmt) pada kedalaman cetek.
Ia mencatatkan skala intensiti seismik Jepun di semenanjung Noto di wilayah Ishikawa.
JMA secara rasmi menamakannya sebagai gempa bumi Semenanjung Noto 2024.
Hempa bumi berkenaan telah mengorbankan empat orang di wilayah Ishikawa.
Gabenor Ishikawa, Hiroshi Hase telah meminta pasukan pertahanan diri menghantar anggota dalam misi bantuan bencana.
Pada awal hari itu, JMA mengeluarkan amaran tsunami untuk kawasan luas pantai barat, termasuk Ishikawa, Fukui, Niigata, Toyama, Yamagata dan wilayah lain berikutan gempa bumi kuat, termasuk amaran tsunami besar yang dikeluarkan untuk wilayah Ishikawa.
Ia adalah kali pertama amaran tsunami besar dikeluarkan sejak gempa bumi 2011 di timur laut Jepun.
Amaran tsunami utama dikeluarkan apabila ada jangkaan tsunami setinggi tiga meter bakal berlaku.
Astro Awani
Tue Jan 02 2024
Menurut pihak berkuasa Kereta Api Jepun, pada masa ini tiada rancangan untuk menyambung semula operasi. - Foto X/@JRC_Shinkan_en
Penduduk Palestin kembali ke Jabalia
Penduduk Palestin kembali ke Jabalia, Gaza pada Jumaat selepas tentera Israel menamatkan operasi di kawasan itu selepas beberapa hari pertempuran sengit.
Empat ekor gajah ditemui mati disyaki diracun
Empat ekor gajah ditemui mati di Kampung Sri Timur, Kahang dekat Kluang, pada Sabtu dipercayai diracun.
Lebih separuh jemaah Haji Malaysia sudah masuki Mekah
Sehingga 30 Mei 2024, seramai 21,517 jemaah haji Malaysia daripada keseluruhan 31,600 orang telah berada di Tanah Suci Mekah termasuk mereka yang tiba di Madinah sebelum ini.
BN buat persiapan awal
Barisan Nasional (BN) khususnya Umno telah membuat persiapan awal bagi membantu menggerakkan jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
Tiada tolak ansur pelanggaran etika, kegelojohan kepimpinan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan beliau sama sekali tidak akan bertolak ansur dan mengizinkan sebarang pelanggaran etika termasuk kegelojohan dalam kepimpinan pada Sabtu.
Mary Lim dilantik Pengerusi Jawatankuasa Protem Penubuhan Mahkamah Timbang Tara AIAC
Mary Lim Thiam Suan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Protem bagi penubuhan Mahkamah Timbang Tara, Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) Malaysia.
SPRM teruskan siasatan ada petunjuk baharu
SPRM terima beberapa aduan baharu berkaitan isu kontrak yang diterima oleh suami Hannah Yeoh daripada kerajaan Selangor.
SPRM teruskan siasatan ada petunjuk baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Aidiladha: Peniaga diingatkan tidak ambil kesempatan naikkan harga barangan - KPDN
KPDN ingatkan peniaga agar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan, apabila permintaan tinggi terutama menjelang Aidiladha ini.
Komitmen terhadap rantau Indo-Pasifik kekal kukuh walau terdapat konflik - Setiausaha Pertahanan AS
Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat menegaskan komitmen teguh Amerika Syarikat terhadap rantau Indo-Pasifik walaupun terdapat konflik yang berterusan.
HSR KL-Singapura: Firma Jepun tarik diri, China dan Eropah berpotensi jadi pembida berjaya - Laporan
Penarikan diri firma Jepun adalah kerana projek HSR itu mempunyai risiko tiada jaminan kewangan dari pihak Kerajaan Malaysia.
Detik cemas pintu gerabak terbuka ketika tren bergerak 280km/j
Walaupun kejadian dikatakan berlaku hanya sekitar 40 saat, namun ia mengundang bahaya kepada penumpang yang berada dekat dengan pintu berkenaan.
Dua dikhuatiri maut dalam kebakaran bunuh diri atas kereta api
Dua dikhuatiri maut pada Selasa selepas satu percubaan bunuh diri atas sebuah kereta api berkelajuan tinggi shinkansen yang sedang bergerak.