awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
Maxwell enggan jawab soalan berkaitan Epstein dalam pendengaran Kongres AS
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operator kilang rugi hampir RM450,000 akibat pelaburan tidak wujud

Bernama
Bernama
30/04/2025
12:45 MYT
Operator kilang rugi hampir RM450,000 akibat pelaburan tidak wujud
Polis berkata lelaki berusia 69 tahun itu mendakwa telah membuka pautan berkaitan pelaburan itu di Facebook sebelum dimasukkan ke kumpulan WhatsApp pada 16 Feb lepas. - Foto hiasan
IPOH: Seorang operator kilang warga emas di Taiping kerugian RM449,100 selepas terperdaya dengan sindiket pelaburan tidak wujud yang diketahuinya menerusi media sosial.
Ketua Polis Taiping ACP Mohamad Nasir Ismail berkata lelaki berusia 69 tahun itu mendakwa telah membuka pautan berkaitan pelaburan itu di Facebook sebelum dimasukkan ke kumpulan WhatsApp pada 16 Feb lepas.
"Sindiket itu menjanjikan keuntungan beberapa peratus daripada pelaburan selain turut bergantung kepada kenaikan harga saham semasa. Mangsa juga diminta memuat naik aplikasi kononnya untuk memantau kenaikan dan keuntungan saham," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohamad Nasir berkata mangsa telah membuat 19 transaksi pemindahan wang ke lima akaun bank diberikan sindiket tersebut dari 16 Feb hingga 12 April.
Selain itu, beliau berkata mangsa juga diarahkan untuk menyelesaikan pelan pembayaran dalam tempoh tiga bulan bagi memperoleh keuntungan dan tidak dibenarkan mengeluarkan hasil pelaburan sebelum tempoh matang.
"Mangsa menyedari diperdaya selepas gagal mendapatkan maklum balas berhubung pelaburan, termasuk tidak menerima balasan bagi pesanan WhatsApp dihantarnya.
"Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#operator kilang
#rugi
#pelaburan tidak wujud
#polis Taiping
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan