Seorang operator kren mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menyebabkan kematian seorang pemandu van sekolah yang dikatakan gagal mengambil anak saudaranya pulang dari sekolah agama, awal bulan ini.
Mohd Fifi Md Yousoff, 29, dari Telok Gadong Kecil di sini, minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Suzana Hussin.
Tertuduh yang memakai kameja-T merah dan berseluar jeans didakwa menyebabkan kematian Mohammad Izhharuddin Nordin, 24, di Jalan Sungai Udang di sini, kira-kira 6.40 petang, pada 3 Feb lepas.
Mohd Fifi yang ditangkap pada hari kejadian didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Rozana Husin yang mengendalikan pendakwaan membantah ikat jamin ke atas tertuduh atas alasan pertuduhan terhadapnya tidak boleh diikat jamin dan kesalahan yang dilakukannya serius.
Peguam Rasshidi Syed yang mewakili tertuduh, bagaimanapun memohon mahkamah menggunakan budi bicara mengikut Seksyen 388 Kanun Prosedur Jenayah untuk membenarkan anak guamnya diikat jamin atas alasan tertuduh perlu menyara isteri, ibu dan keluarga mertuanya.
"Walaupun kes ini mendapat perhatian umum, pohon mahkamah memberi pertimbangan sewajarnya supaya tertuduh boleh diikat jamin pada kadar munasabah," katanya.
Suzana kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000 dengan dua penjamin dan menetapkan 18 Mac ini untuk sebutan semula kes.
Beliau turut mengenakan tiga syarat tambahan iaitu tertuduh harus melapor diri di balai polis terdekat pada Sabtu pertama dan ketiga setiap bulan selain menyerahkan pasportnya kepada mahkamah dan tidak dibenarkan menganggu saksi pendakwaan.
Media sebelum ini melaporkan Mohammad Izhharuddin yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 20 Feb, maut ditumbuk seorang lelaki selepas dia dikatakan gagal mengambil anak saudara suspek dari sekolah agama di Jalan Hasan di sini.
Sebelum kejadian, mangsa mengambil beberapa pelajar dari sekolah agama berkenaan dan dikatakan telah meninggalkan anak saudara suspek kerana menyangka pelajar itu balik ke rumah lebih awal.
Suspek dikatakan tidak berpuas hati dan menahan van itu, lalu berlaku pertengkaran dan menumbuk Izhharuddin yang duduk di bahagian pemandu.
Bernama
Wed Feb 17 2016
Mohd Fifi didakwa menyebabkan kematian Mohammad Izhharuddin Nordin (gambar) di Jalan Sungai Udang kira-kira 6.40 petang, pada 3 Feb lepas. -Gambar fail
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Operator kren mengaku tidak bersalah sebabkan kematian pemandu van sekolah
Mohd Fifi Md Yousoff, 29, dari Telok Gadong Kecil di sini, minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Suzana Hussin.