awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

OPR kekal 3 peratus - BNM

Astro Awani
Astro Awani
24/01/2024
07:22 MYT
OPR kekal 3 peratus - BNM
Pendirian dasar monetari terus menyokong ekonomi dan konsisten dengan penilaian semasa berhubung dengan prospek pertumbuhan dan inflasi. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus.
BNM dalam satu kenyataan berkata, pada paras OPR semasa, pendirian dasar monetari terus menyokong ekonomi dan konsisten dengan penilaian semasa berhubung dengan prospek pertumbuhan dan inflasi.
“MPC kekal berwaspada dengan perkembangan berterusan untuk memaklumkan penilaian mengenai prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri.
“MPC akan memastikan bahawa pendirian dasar monetari kekal kondusif kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam keadaan harga yang stabil,” kenyataan itu menyebut.
Teras global dan inflasi teras mengecil dalam beberapa bulan kebelakangan ini, tetapi terus melebihi purata.
Bagi Malaysia, pertumbuhan ekonomi dijangka bertambah baik pada 2024, disokong oleh pemulihan dalam eksport dan perbelanjaan domestik yang berdaya tahan.
"Pertumbuhan guna tenaga dan upah yang berterusan kekal menyokong perbelanjaan isi rumah. Ketibaan dan perbelanjaan pelancong dijangka terus meningkat.
"Aktiviti pelaburan akan disokong oleh projek berbilang tahun dalam sektor swasta dan awam yang terus dilaksanakan serta pelaksanaan inisiatif pemangkin di bawah beberapa pelan induk nasional,” kata bank pusat itu.
Pada masa sama, risiko penurunan adalah pada permintaan luar yang lebih lemah daripada jangkaan dan kemerosotan dalam pengeluaran komoditi, manakala risiko peningkatan berpunca daripada limpahan peningkatan kitaran sektor teknologi, aktiviti pelancongan yang lebih kukuh daripada yang dijangkakan dan pelaksanaan projek yang lebih pantas.
Walaupun inflasi dilihat sederhana pada 2024, selepas purata 2.5 peratus pada 2023, BNM berkata prospek itu tertakluk kepada perubahan kepada dasar domestik mengenai subsidi dan kawalan harga, serta harga komoditi global dan perkembangan pasaran kewangan.
"Hasrat kerajaan untuk mengkaji semula kawalan harga dan subsidi pada tahun 2024 akan mempengaruhi prospek keadaan inflasi dan permintaan," tambah kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#kadar dasar semalaman
#OPR
#Bank Negara
#Jawatankuasa Dasar Monetari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan