Ops Daulat yang menyaksikan kerjasama polis dan tentera di bawah strategi lautan biru setakat ini nyata membuahkan hasil memberangsangkan.

Terdahulu Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan seorang musuh berjaya ditembak dalam insiden berbalas tembak kira-kira 6.45 pagi.

Jelasnya pihak musuh telah melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan yang sedang melakukan operasi penggeledahan di Kampung Tanduo memaksa pihak keselamatan membalas tembakan berkenaan.

Bagaimanapun, semua anggota pasukan keselamatan tidak mengalami sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan.