Pasukan keselamatan perlu memastikan kawasan penduduk betul-betul selamat sebelum membenarkan mereka kembali ke rumah masing-masing.
Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, ini kerana dikhuatiri terdapat jerangkap ditinggalkan musuh serta kesan serangan yang dilakukan pihak keselamatan.
“Itu kita kena pastikan, sebab kita tidak mahu nanti masyarakat apabila dia masuk kawasan-kawasan tu dia akan jadi mangsa pula atau tercedera akibat daripada benda-benda yang ditinggalkan tadi,” katanya kepada pemberita pada sidang media ‘Operasi Daulat’ di Lahad Datu pada Sabtu.
Kata beliau, apabila tindakan penggeledahan dilaksanakan oleh pasukan keselamatan, satu pasukan keselamatan akan diletakkan bagi memastikan tempat itu selamat.
Jelas Hamza, pihaknya tidak mahu musuh kembali ke tempat tersebut setelah ditinggalkan selepas proses penggeledahan dilakukan.
“Jadi apa yang saya maksudkan tentang ‘clear’ ini bermakna musuh tidak akan lagi memasuki kawasan tersebut, dan insyaAllah kalau kita dapat berbincang dengan ketua-ketua masyarakat, kita akan benarkan orang-orang kampung kembali ke rumah masing,” katanya.
Sementara itu, pasukan keselamatan masih lagi mengesan ketua pengganas Sulu, Aziemuddie Kiram.
Sebelum ini, Aziemuddie dipercayai telah melarikan diri ke Filipina dan meninggalkan ahli-ahlinya berperang.
“Kita percaya sahaja. Jadi bila kita kata kita percaya, mungkin dia ada di sana, mungkin dia ada di sini,” jelas Hamza.
Bagaimanapun, kata beliau, usaha memburu pengganas masih diteruskan.
Kata Hamza jika Aziemuddie berada di Sabah, pasukan keselamatan akan akan mengambil tindakan sewajarnya sama ada menangkapnya hidup-hidup atau mati.
Haider Yutim
Sat Mar 16 2013
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dilantik Pesuruhjaya Polis Sabah yang baru
Bekas Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu menggantikan Datuk Hamza Taib.
Surat dakwa gelombang kedua penceroboh tidak benar - Polis Sabah
Polis masih menyiasat mengenai surat itu yang dikatakan dihantar oleh pengganas dari selatan Filipina.
Polis: Letupan di Semporna tiada kaitan dengan pengganas
Datuk Hamza Taib tolak dakwaan insiden letupan di Kampung Air, Semporna semalam ada kaitan dengan pengganas.
Dakwaan Kiram tidak berasas -- Polis
Dakwaan oleh 'Sultan' Sulu Jamalul Kiram III yang pengikut-pengikutnya telah menubuhkan markas yang baru di kawasan pedalaman Sabah sama sekali tidak berasas.
Polis Sabah tolak laporan pengganas Sulu berkumpul semula
Pesuruhjaya polis Sabah, Datuk Hamza Taib hari ini menolak laporan yang mengatakan bahawa pengganas Sulu kini telah berkumpul semula di Lahad Datu, Sabah.
Ops Daulat: Satu mayat pengganas dikeluarkan
Pasukan keselamatan telah mengeluarkan satu mayat pengganas di Tanjung Batu pada jam 11 pagi tadi.
Tahanan Sosma dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh terdekat
Tahanan dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) akan dihadapkan ke mahkamah dalam masa terdekat.
Tiga lagi ditahan dibawah Sosma
Pasukan keselamatan Malaysia telah menahan tiga lagi individu yang dipercayai ada kaitan dengan pengganas Sulu.
Kampung Tanjung Batu dijangka bersih sepenuhnya esok
Kampung Tanjung Batu dijangka akan dibersihkan dari pengganas Sulu secara sepenuhnya esok, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.
80% bedah siasat atas mayat pengganas Sulu lengkap
Hampir 80 peratus daripada bedah siasat ke atas mayat pengganas Sulu yang terbunuh dalam operasi Ops Daulat telah dilengkapkan.