Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan merampas sejumlah barangan bernilai RM1.1 juta serta mengenakan kompaun sebanyak RM340,000 terhadap peniaga yang melakukan pelbagai kesalahan menerusi Ops Harga.
Menteri berkenaan Datuk Seri Hasan Malek berkata tindakan itu hasil Ops Harga yang dijalankan sepanjang tempoh enam bulan lepas iaitu dari Julai hingga Disember 2013, membabitkan 3,776 kes.
"Daripada jumlah itu, sebanyak 2,702 kes di bawah kesalahan tidak meletak tanda harga atau senarai harga bagi barangan yang dijual, dan sembilan kes kerana menjual barangan harga terkawal melebihi harga yang ditetapkan.
"Selain itu, sebanyak 1,065 kes pula dikesan kerana gagal menentusah alat timbang dan sukat yang digunakan untuk perniagaan," katanya dalam sidang media selepas melawat tapak sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Kebangsaan di sini Jumaat.
Beliau berkata dalam tempoh sama, sebanyak 484,506 pemeriksaan dilakukan bahagian penguatkuasa kementeriannya bagi mengesan kesalahan peniaga di seluruh negara.
Hasan juga berkata pihaknya akan terus menjalankan pemantauan dan pemeriksaan ke atas peniaga bagi memastikan pengguna tidak terus dibelenggu kenaikan kos sara hidup.
Dalam pada itu, mengulas sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil, beliau berkata selain menghargai golongan berkenaan di negara ini, ia mampu menjadi platfom untuk mereka memperluas perniagaan.
Katanya, sambutan tiga hari di Dataran Senawang, yang bermula hari ini, dijangka menarik kira-kira 20,000 pengunjung.
Sambutan itu akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini.
Bernama
Sat Jan 18 2014
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek meninjau persiapan Sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Kebangsaan di Dataran. --fotoBERNAMA
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
KPDNHEP tidak pernah lantik orang tengah untuk dapatkan khidmat, produk kementerian
Ada pihak menipu dan memperdaya usahawan dengan mendakwa mereka adalah perunding atau orang tengah yang dilantik KPDNHEP.
Orang ramai adu kasut sekolah naik harga
Orang ramai mengadu harga kelengkapan persekolahan itu naik antara 15 hingga 20 peratus.
16 barangan harga terkawal musim Deepavali
Sebanyak 16 jenis barangan telah disenaraikan dalam Skim Kawalan Harga Barang sempena sambutan Deepavali pada 6 Nov ini.