awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orang ramai adu kasut sekolah naik harga

Bernama
Bernama
21/12/2018
11:07 MYT
Orang ramai adu kasut sekolah naik harga
Orang ramai mengadu harga kelengkapan persekolahan itu naik antara 15 hingga 20 peratus. - Gambar hiasan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menerima aduan daripada orang ramai berhubung kenaikan harga kelengkapan persekolahan terutamanya kasut sekolah menerusi talian aduan kementerian itu sejak kebelakangan ini.
Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sehubungan itu beliau telah meminta bahagian penguat kuasa menyiasat perkara itu bagi mengesahkan sekiranya benar berlaku peningkatan harga barangan persekolahan berkenaan sebelum tindakan lanjut dikenakan.
"Sebab aduan itu spesifik sebab dia beritahu tempat mana, negeri mana, kedai mana, kemudian kita sahkan autoriti pengadu supaya jangan ada penganiayaan...," katanya.
Beliau yang juga Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan kelengkapan persekolahan peringkat Parlimennya di Sekolah Kebangsaan Terap dekat sini hari ini.
Saifuddin Nasution berkata berdasarkan aduan itu orang ramai mengadu harga kelengkapan persekolahan itu naik antara 15 hingga 20 peratus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aduan pengguna
#kasut sekolah
#kementerian perdagangan dalam negeri
#Orang ramai
#pengguna
#Saifuddin Nasution Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan