Cara U Sabah ULTRA5G Fest meriahkan KK, tarik lebih 10,000 pengunjung

Suasana meriah di pentas utama CARA U Sabah ULTRA5G Fest apabila ribuan pengunjung membanjiri Jeti DBKK, Kota Kinabalu bagi menyaksikan persembahan artis popular. - Gambar U Mobile
KOTA KINABALU: U Mobile mencuri tumpuan di Sabah menerusi penganjuran Cara U Sabah ULTRA5G Fest, sebuah festival tiga hari bermula enam hingga lapan Februari yang menggabungkan teknologi 5G, hiburan dan aktiviti komuniti, sekali gus menghidupkan suasana Kota Kinabalu dengan pengalaman digital dan gaya hidup moden.
Festival percuma yang berlangsung di Jeti DBKK itu dianjurkan sempena peluasan pengalaman ULTRA5G U Mobile di Sabah, dengan menawarkan pelbagai pengisian interaktif, pameran teknologi serta persembahan artis tempatan dan antarabangsa untuk seisi keluarga.
Sepanjang tiga hari penganjurannya, festival berkenaan berjaya menarik kehadiran lebih 10,000 pengunjung dari dalam dan luar bandar, mencerminkan sambutan menggalakkan masyarakat terhadap penganjuran berkonsepkan teknologi dan komuniti itu.
Antara tarikan utama ialah ULTRA5G Speed Test Challenge, yang memberi peluang kepada pengunjung menguji sendiri kelajuan rangkaian ULTRA5G secara langsung, selain pameran Low Altitude Economy 5G yang mempamerkan potensi penggunaan dron bagi tujuan pemeriksaan infrastruktur, penghantaran dan tindak balas kecemasan.

Pengunjung menguji kelajuan rangkaian menerusi ULTRA5G Speed Test Challenge, salah satu tarikan utama festival yang memberi peluang orang ramai merasai sendiri keupayaan rangkaian ULTRA5G U Mobile. - Gambar U Mobile
Pengunjung turut dibawa meneroka pengalaman digital berasaskan kecerdasan buatan (AI) di booth U City, termasuk AI Make Up, AI Grooming dan AI Wardrobe, yang memberi gambaran masa depan teknologi 5G dalam kehidupan seharian.
Festival itu turut diserikan dengan Ultra Concert menampilkan barisan artis popular seperti Stacy, Noh Salleh, K-Clique, Dolla, Kaleb J dan beberapa lagi, selain pelbagai aktiviti keluarga, sukan ringan, bas karaoke serta lebih 50 gerai makanan dan kraf tangan tempatan yang majoritinya diusahakan vendor dari Sabah.
Seorang pengunjung, Nur Anirah, menyifatkan penganjuran festival itu sebagai sesuatu yang dinanti-nantikan memandangkan acara seumpamanya jarang diadakan di Sabah.
“Bagus ada festival macam ini di Sabah sebab jarang ada. Dalam ni memang banyak aktiviti seperti rock climbing, bus karaoke, booth makanan dan kraf tangan, kebanyakannya vendor tempatan. U Mobile pun ada buat promosi dan ada banyak persembahan artis popular temptan,” katanya.
Selari dengan tema festival, U Mobile turut memberi peluang kepada pengunjung merasai sendiri keupayaan rangkaian ULTRA5G, khususnya dari segi kelajuan dan kestabilan sambungan.

Pengunjung mencuba aktiviti lasak yang disediakan sepanjang CARA U Sabah ULTRA5G Fest, antara tarikan keluarga yang menggabungkan hiburan, gaya hidup aktif dan pengalaman komuniti. - Gambar U Mobile
Seorang lagi pengunjung, Cora Jean, berkata pengalaman mencuba rangkaian ULTRA5G U Mobile nyata berbeza berbanding rangkaian lain.
“Saya dah cuba ULTRA5G daripada U Mobile dan ia memang sangat cepat. Bila buat speed test, terus laju,” katanya.
Secara keseluruhan, Cara U Sabah ULTRA5G Fest bukan sahaja berfungsi sebagai platform untuk memperkenalkan keupayaan teknologi 5G U Mobile, malah berjaya menghidupkan suasana Kota Kinabalu melalui gabungan teknologi, hiburan dan penglibatan komuniti setempat.

Pandangan udara memaparkan kehadiran luar biasa orang ramai yang membanjiri Jeti DBKK, Kota Kinabalu sepanjang CARA U Sabah ULTRA5G Fest, mencerminkan sambutan hangat komuniti - Gambar U Mobile
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


