awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ops Luxury: JPJ Perak sita 32 kenderaan mewah

Bernama
Bernama
28/10/2025
13:00 MYT
Ops Luxury: JPJ Perak sita 32 kenderaan mewah
Mohammad Yusoff (kanan) melihat kenderaan mewah yang disita di JPJ Negeri Perak hari ini. - Gambar Bernama
IPOH: Sebanyak 32 kenderaan mewah pelbagai model disita menerusi Ops Luxury yang dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak bermula 1 Julai lepas.
Pengarah JPJ Perak Mohammad Yusoff Abustan berkata operasi itu bertujuan memperkukuh penguatkuasaan terhadap pemilikan dan penggunaan kenderaan mewah yang melanggar undang-undang jalan raya.
Beliau berkata ia termasuk tumpuan kesalahan seperti cukai jalan tamat tempoh, insurans tidak sah, nombor pendaftaran palsu atau tidak mengikut spesifikasi, nombor casis tidak sepadan serta pemandu yang tidak memiliki lesen memandu sah.
"Antara jenama kenderaan yang terlibat adalah Lexus, Mercedes-Benz, BMW, Tesla, Audi, Toyota Alphard, Toyota Vellfire, Ford Mustang, Porsche dan Nissan GTR," katanya pada sidang media selepas sesi Lelongan Awam Bilangan 2 JPJ Perak di sini hari ini.
Mohammad Yusoff berkata kes terbaharu melibatkan sebuah kenderaan Porsche 718 Cayman S yang disita di Ipoh pada 16 Okt lepas atas kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh.
"JPJ Perak menegaskan tidak ada sebarang keistimewaan diberikan kepada pemilik kenderaan mewah untuk mengabaikan tanggungjawab mematuhi peraturan jalan raya.
"Penguatkuasaan akan terus dipergiatkan bagi memastikan setiap kenderaan di jalan raya berdaftar dan dilindungi mengikut undang-undang yang ditetapkan," katanya.
Mohammad Yusoff berkata pemilik perlu menjelaskan kompaun dan melunaskan pembayaran cukai jalan serta insurans terlebih dahulu, sebelum kenderaan mereka boleh dikeluarkan daripada sitaan.
"Terdapat pemilik yang lebih rela membayar saman RM300 daripada memperbaharui cukai jalan yang lebih tinggi.
"Ini taktik digunakan pemilik kenderaan mewah dan ia mendapat perhatian penguat kuasa JPJ dan kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan kesalahan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ops Luxury
#JPJ
#cukai jalan
#Kenderaan Mewah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan