JOHOR BAHRU: Polis menahan 281 individu kerana disyaki terlibat pelbagai kesalahan dadah menerusi Op Tapis Khas di seluruh Johor, sejak Selasa lepas hingga semalam.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata mereka terdiri daripada 261 lelaki dan 20 wanita berusia antara 18 hingga 70 tahun.
Beliau berkata operasi berkenaan dilakukan di kawasan 'panas' seperti FELDA, Projek Perumahan Rakyat (PPR), kawasan perumahan kos rendah, jeti nelayan dan jeti haram yang dipercayai menjalankan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah.
"Daripada 281 individu, 31 ditahan atas kesalahan berkaitan bekalan, memiliki dadah (57) dan penagih (193). Seramai 20 yang ditahan akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Turut ditahan, 37 individu berstatus orang dikehendaki manakala 13 lagi dipercayai tokan dadah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kamarul Zaman berkata dalam operasi itu juga, polis merampas sejumlah dadah dipercayai heroin seberat 1,401.85 gram, syabu (634.41g) dan ganja (285.06g) yang dianggarkan bernilai RM82,227.20 serta boleh digunakan kira-kira 10,466 penagih.
Beliau berkata sejak 1 Jan hingga Rabu lepas, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor telah menahan 13,686 individu atas pelbagai kesalahan dadah dan merampas 3.55 tan metrik dadah bernilai RM14.04 juta selain menyita harta sindiket dadah bernilai RM9.75 juta.
Katanya orang ramai boleh menghubungi talian hotline JSJN di talian 012-2087 222 untuk sebarang maklumat mengenai penyalahgunaan dadah di Johor.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 09 2022

Semua yang ditahan terdiri daripada 261 lelaki dan 20 wanita berusia antara 18 hingga 70 tahun. - Gambar/ FB Polis Johor

Parti Kerajaan Perpaduan guna logo sendiri hadapi PRN
Keputusan Barisan Nasional (BN) menggunakan lambang dacing bagi menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah dalam pengetahuan Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan.

MMA tidak setuju mogok doktok kontrak
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr. Muruga Raj Rajathurai menyeru kerajaan untuk mengambil tindakan cepat bagi menangani isu-isu yang dihadapi oleh doktor kontrak di negara ini. Beliau juga menasihatkan doktor kontrak untuk tidak melancarkan mogok kerana ia akan memberi kesan kepada penjagaan pesakit dan menambah beban rakan sekerja di fasiliti kesihatan awam yang sudah sesak.

Sulaiman letak jawatan, Melaka bakal dapat KM baharu
Politik Melaka bakal menyaksi pertukaran kepimpinan selepas Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Rakyat Melaka tunggu urus tadbir lebih baik
Rakyat Melaka menantikan urus tadbir baharu yang memberi tumpuan kepada keperluan, kemahuan dan kepentingan termasuk agenda merakyatkan kepimpinan terbaharu selepas ini. Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Sivamurugan Pandian menyifatkan ini bukan lagi masa sesuai untuk bercakap mengenai soal jawatan atau kedudukan tetapi bagaimana meningkatkan taraf kebajikan penduduk Melaka.

Perdana Menteri tiba di Hainan untuk sertai BFA 2023
Perdana Menteri tiba di Hainan bagi menghadiri Persidangan Tahunan Asia (BFA 2023) sebagai sebahagian daripada lawatan rasmi 4 hari beliau ke China.

Empat beradik ditemui maut dalam bilik air
Empat beradik ditemui maut dalam bilik air selepas rumah mereka terbakar dalam kejadian kira-kira jam 7.45 malam pada Rabu di Kampung Sabak Awor, Muar.

10 Berita Pilihan - (29 Mac 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

AWANI Ringkas: KPDN muktamadkan harga siling ayam dan telur esok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Semua projek rumah mampu milik baharu akan jalani ujian dan analisis - Nga
Semua projek perumahan mampu milik baharu di Malaysia akan menjalani ujian dan analisis bagi menyediakan rumah yang selesa didiami oleh golongan B40 dan M40.

Empat beradik maut dalam kebakaran rumah di Muar
Empat kanak-kanak dipercayai adik beradik maut dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Ismail, Kampung Sabak Awor, di sini pada malam Rabu.

Polis rampas 500 kilogram dadah disorok dalam uncang teh
Pihak berkuasa Filipina dilaporkan merampas lebih 500 kilogram disyaki dadah jenis methamphetamine yang disembunyikan dalam uncang teh.

Bekas pelajar kejuruteraan terlepas hukuman gantung
Seorang bekas pelajar kejuruteraan awam hari ini terlepas hukuman gantung setelah Mahkamah Rayuan mengetepikan sabitan terhadap dua pertuduhan mengedar dadah jenis ganja.

Polis buat rampasan ganja terbesar di Pahang tahun ini
Bangsal terletak di tepi rumah keluarga suspek dan pemeriksaan menemukan ketulan mampat dadah disimpan dalam guni dan bekas plastik.

Polis tahan 27 individu jadikan empat unit rumah tempat edar dadah
Polis menahan 27 individu disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah yang menjadikan empat unit rumah di sebuah pangsapuri di Jinjang Baru, Sentul, di sini sebagai tempat kegiatan jenayah mereka

Polis gagalkan cubaan dua sindiket dadah edar syabu di Tawau
Polis menggagalkan cubaan mengedar syabu oleh dua sindiket pengedaran dadah di Tawau dengan penahanan tujuh lelaki.

Parti liar: 11 warga asing termasuk 7 wanita berpesta dadah diberkas
Keasyikan sekumpulan warga asing berpesta dadah di sebuah kondominium di Bukit Tengah, Bukit Mertajam terbantut selepas premis berkenaan diserbu polis.

Berang diikat rakan ketika mabuk, lelaki bakar rumah
Suspek yang diikat dan dikurung oleh rakan serumahnya berjaya melepaskan diri dan membakar rumah.

Polis Kelantan rampas RM17.9 juta syabu dalam van
Pemeriksaan lanjut di bahagian belakang van terbabit mendapati 13 guni putih berisi dadah jenis syabu disorokkan di dalam timbunan pakaian terpakai.

Polis rampas dadah, tahan dua penganggur
Polis menahan dua penganggur dan merampas pelbagai jenis dadah dalam serbuan di sebuah rumah sewa di Taman Johor Jaya, Selasa lepas.

'El Chapito' remaja 14 tahun bunuh lapan orang ditahan polis
Jabatan Keselamatan Awam Amerika Utara mengumumkan penahanan itu menerusi satu kenyataan pada Khamis.