NATIONAL
'Orang kata duduk Kelantan semua murah, itu dulu'

Firdaus berpendapat, kerja di bandar atau luar bandar memerlukan pendapatan yang sama.
KOTA BHARU: Pendapatan sebanyak RM1,700 sebulan belum cukup selesa untuk mereka yang tinggal di Kelantan walaupun kos sara hidup di negeri ini dianggap rendah di Malaysia.
Ringkasan AI
- Firdaus Hamzah, seorang promoter jualan, dan isterinya yang bekerja sebagai jurujual, masing-masing berpendapatan RM1,700 sebulan. Namun, pendapatan mereka masih tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan harian walaupun tinggal di Kelantan, yang dianggap mempunyai kos sara hidup rendah.
- Perbelanjaan bulanan mereka paling banyak digunakan untuk makanan, dengan kos sekitar RM50 sehari. Mereka juga perlu menyediakan upah pengasuh RM500 sebulan serta kos susu dan lampin pakai buang untuk anak mereka yang berusia dua bulan. Keseluruhan gaji mereka sekitar RM3,400 sebulan masih belum cukup untuk hidup selesa.
- Firdaus berpendapat bahawa kerja di bandar atau luar bandar memerlukan pendapatan yang sama kerana harga bahan mentah adalah sama di mana-mana kawasan. Mereka mengamalkan sikap berjimat cermat dan 'ukur baju di badan sendiri' dalam keadaan ekonomi negara yang mencabar dan harga barangan yang meningkat.
"Perbelanjaan bulanan saya dan isteri paling banyak digunakan untuk makanan, di mana kami belanjakan RM50 sehari.
“Jika hujung bulan kami bawa bekal nasi, serta air manis yang disediakan dari rumah manakala lauk dibeli di kedai," kata bapa kepada seorang anak yang berusia dua bulan.
Menurut Firdaus, pada hari Jumaat dia sanggup korbankan waktu cuti untuk mengambil upah memasang serta mengemas khemah di pasar minggu Wakaf Bharu dengan kadar upah RM50.
Selain itu, isterinya juga bekerja sebagai jurujual dengan pendapatan RM1,700.
"Kami masih beruntung kerana tinggal bersama keluarga. Di rumah saya serta isteri dan anak tinggal bersama ayah mentua termasuk tiga adik ipar di Kampung Padang Mandol, Tumpat.
"Untuk lagi berjimat kami berkongsi kereta ke tempat kerja. Bayaran bulanan kereta sekitar RM680 sebulan iaitu Persona, selebihnya duit minyak," katanya.
Ujar Firdaus, tidak lama lagi mereka perlu menyediakan upah pengasuh RM500 sebulan belum termasuk susu serta lampin pakai buang.
Dia berkata, boleh dikatakan dengan keseluruhan gaji mereka suami isteri sekitar RM3,400 termasuk kerja sampingan dan lebih masa, belum cukup untuk tinggal dengan selesa di Kelantan.
Menurutnya, itu belum lagi perbelanjaan dapur, duit kecemasan serta sumbangan bulanan kepada ibu bapa sekitar RM300 atau lebih mengikut keadaan.
Firdaus memberitahu, dia dan isteri memilih untuk sentiasa berjimat cermat, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi negara sekarang serta harga barangan yang serba meningkat.
"Jika ada keinginan untuk membeli sesuatu, kami mengamalkan sikap 'ukur baju di badan sendiri'," katanya.
Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Muhammad Ibrahim, dilapor berkata, Malaysia kini berada di ambang kemunduran ekonomi sekiranya tiada reformasi menyeluruh dilaksanakan terhadap sistem pendidikan dan struktur pekerjaan negara.
Katanya, realiti pendapatan gaji sebenar di Malaysia pada hari ini merosot sebanyak tiga kali ganda berbanding empat dekad lalu.
Menurut beliau, gaji graduan pada masa kini tidak setimpal dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat dan peningkatan kos sara hidup.
Katanya, pendapatan yang diterima jauh lebih rendah daripada apa yang sepatutnya mereka peroleh sekiranya kadar inflasi diambil kira.
*Laporan ini hasil kolaborasi Astro AWANI, Sinar Harian, The Star, Sin Chew Daily dan Malaysia Nanban.
*Laporan ini hasil kolaborasi Astro AWANI, Sinar Harian, The Star, Sin Chew Daily dan Malaysia Nanban.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami