awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penggunaan, penjimatan Pas My50 boleh diketahui menerusi penjejak - Loke
Objek disyaki bom ditemui di terminal bas Pattani
Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orang Pas tidak faham apa itu 'pelacur' - Takiyuddin

Abdul Hadi Che Awang
Abdul Hadi Che Awang
14/03/2021
04:50 MYT
Orang Pas tidak faham apa itu 'pelacur' - Takiyuddin
TAKIYUDDIN:"Kami orang Pas tidak faham apa itu pelacur, jadi saya tidak boleh komen, apa dia pelacur ini kita tidak faham." - Gambar fail/BERNAMA
ALOR SETAR: Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyatakan bahawa pihaknya tidak boleh memberikan atau mengeluarkan sebarang komen berhubung kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang dilaporkan melabel Pas sebagai 'pelacur'.
Menurutnya, ini kerana "orang Pas" atau ahli-ahli parti berkenaan tidak memahami apa sebenarnya istilah "pelacur" seperti yang dilabel pemimpin veteran UMNO bekenaan.
"Kami orang Pas tidak faham apa itu pelacur, jadi saya tidak boleh komen, apa dia pelacur ini kita tidak faham," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Program Malaysia Prihatin peringkat Negeri Kedah di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Anak Bukit, Alor Setar, pada Ahad.
BACA: Dakwa Pas 'pelacur', pandangan Ku Li terpencil - Razlan
BACA: 'Kami rela dituduh pelacur demi pertahankan perpaduan ummah' - Pemuda Pas Selangor
Politik | Pas tidak faham apa itu pelacur - Takiyuddin
Pada Sabtu, Timbalan Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar menyatakan bahawa pihaknya rela dituduh pelacur dan parti politik yang kecil demi mempertahankan perpaduan ummah.
Jelasnya, pihaknya rela dilabelkan sedemikian berbanding menjadi 'pelacur politik dan kuasa' kerana rakus menggadai maruah agama dan bangsa untuk kehendak peribadi.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dilaporkan melabel Pas sebagai 'pelacur' dan menggesa UMNO untuk menewaskan parti itu pada PRU15 akan datang.
Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman pula melabel Pas sebagai sebuah parti kecil.
Politik | 'Pandangan Tengku Razaleigh terpencil'
Topic Berkaitan
#Tengku Razaleigh Hamzah
#Takiyuddin Hassan
#UMNO
#PAS
#politik
#Politik Malaysia
#perpaduan ummah
#PRU15
#pilihan raya
#Muafakat Nasional
#Ku Li
#Pas dituduh pelacur
#pelacur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan