awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Dua lelaki mabuk serang anggota polis ditahan
MALAYSIA
Kanak-kanak 9 tahun mati dipercayai didera bapa tiri
MALAYSIA
Pulau Pinang minta kerajaan kongsi hasil cukai bagi pacu pembangunan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Orang ramai beri penghormatan terakhir kepada isteri Premier Sarawak

Bernama
Bernama
23/06/2025
04:50 MYT
Orang ramai beri penghormatan terakhir kepada isteri Premier Sarawak
Orang ramai hadir memberi penghormatan terakhir ke atas isteri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Puan Sri Juma'ani Tuanku Hj Bujang di Masjid Jamek Kuching, hari ini. -Foto Bernama
KUCHING: Suasana pilu menyelubungi Masjid Jamek Negeri, Petra Jaya di sini sebaik jenazah Puan Sri Juma'ani Tuanku Bujang tiba bagi penghormatan terakhir dan solat jenazah hari ini.

Ringkasan AI
  • Suasana pilu menyelubungi Masjid Jamek Negeri, Petra Jaya apabila jenazah Puan Sri Juma'ani Tuanku Bujang, isteri Premier Sarawak, tiba untuk penghormatan terakhir dan solat jenazah.
  • Jenazah disambut oleh Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama anak-anak serta dihadiri pemimpin negeri dan orang ramai pelbagai kaum sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang.
  • Allahyarham Juma'ani, anak kepada bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak kedua, meninggal dunia pada usia 76 tahun di sebuah pusat perubatan swasta awal pagi hari yang sama.

Kenderaan membawa jenazah isteri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg itu tiba pada 10.15 pagi.
Mengiringi jenazah, Abang Johari bersama dua anaknya Abang Abdillah Izzarim dan Dayang Norjihan.
Masjid Jamek Negeri mula dipenuhi orang ramai daripada pelbagai kaum seawal 9.30 pagi untuk memberikan penghormatan terakhir.
Turut hadir ketiga-tiga Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas serta barisan Kabinet Kerajaan Negeri Sarawak.
Jenazah Allahyarham ditempatkan di Masjid Jamek bermula 10 pagi hingga 12 tengah hari bagi penghormatan terakhir sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Samariang di sini.
Juma'ani, 76, meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta pada 3.34 pagi ini.
Allahyarham merupakan anak kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak kedua Tun Tuanku Bujang Tuanku Othman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Juma'ani Tuanku Bujang
#Abang Johari Tun Openg
#isteri Premier Sarawak
#penghormatan terakhir
#solat jenazah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami