awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Putin tegaskan penubuhan negara Palestin sebagai perkara prinsip
NRES tidak kompromi rasuah, sedia beri kerjasama kepada SPRM - Arthur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orang ramai diingat tidak lakukan aktiviti air ketika berkunjung ke Terengganu

Bernama
Bernama
15/12/2025
09:33 MYT
Orang ramai diingat tidak lakukan aktiviti air ketika berkunjung ke Terengganu
Pihak hotel dan pengusaha penginapan pelancongan digesa beri penerangan dan memainkan video mengenai bahaya aktiviti di laut ketika musim tengkujuh. Gambar hiasan anggota penyelamat dalam usaha menyelamat nyawa. - Bernama
KUALA NERUS: Orang ramai diingatkan supaya tidak melakukan sebarang aktiviti air ketika berkunjung ke Terengganu sempena cuti persekolahan akhir tahun bermula minggu depan, terutama pada musim Monsun Timur Laut (MTL).
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri Datuk Razali Idris berkata aktiviti seperti mandi laut dan berkhemah di kawasan rekreasi air terjun dilarang keras kerana boleh membahayakan nyawa.
Beliau juga meminta pihak hotel dan pengusaha penginapan pelancongan supaya memberi penerangan dan memainkan video mengenai bahaya aktiviti di laut ketika musim tengkujuh.
"Kami faham pengunjung akan banyak pada musim cuti sekolah. Jadi, ada beberapa destinasi yang kami ingatkan supaya elak atau tidak lakukan aktiviti seperti mandi laut atau air terjun kerana risiko kepala air.
"Kami dah bagi nasihat kepada pengusaha hotel dan pengusaha resort terutama di tepi pantai. Untuk pulau kami serah kepada Jabatan Laut untuk benar atau tidak pelancong masuk ke satu-satu lokasi," katanya selepas melancarkan Kalendar Acara Tahunan (COE) Terengganu 2026 di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu Hilman Hajijan.
Razali berkata sebanyak 113 acara termasuk 13 program utama disenaraikan dalam kalendar tahun depan berbanding 123 acara tahun ini.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata sebanyak 8.5 juta pelancong direkodkan berkunjung ke Terengganu bermula Januari hingga November lepas, melepasi sasaran yang ditetapkan, iaitu 6 juta pelancong.
"Sebanyak 7.2 juta orang terdiri daripada pelancong domestik manakala selebihnya pelancong asing.
"Untuk tahun depan, kami menyasarkan meningkatkan kadar kedatangan pelancong asing hingga ke tahap 30 peratus," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aktiviti air
#musim cuti sekolah
#monsun
#risiko keselamatan
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan