Ibu bapa dan penjaga digesa menasihati anak-anak mereka supaya menjauhi kawasan larangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi mengelak berlakunya kejadian tidak diingini pada cuti persekolahan yang bermula minggu ini.
Ketua (Perhubungan Awam dan Dalaman) TNB Datuk Ir Mohd Aminuddin Mohd Amin berkata ibu bapa juga harus memastikan anak masing-masing tidak menyentuh atau menghampiri kabel yang terputus akibat pokok tumbang terutama ketika hujan bagi mengelakkan berlakunya renjatan elektrik.
Katanya orang awam juga dilarang berada di kawasan premis TNB yang terdapat notis makluman potensi risiko kejutan eletrik.
"Jauhi daripada menceroboh kawasan pencawang atau pepasangan TNB yang dipasang notis tersebut bagi menggelakkan risiko renjatan serta pancaran arka daripada arus bervoltan tinggi.
"Selain kecederaan serius dan kehilangan nyawa, ia boleh mengakibatkan kerosakan harta benda dan gangguan bekalan kepada pengguna," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Katan Mohd Aminuddin, aktiviti seperti bermain layang-layang, permainan helikopter, dron atau kapal terbang kawalan jauh di kawasan berdekatan talian atas bervoltan tinggi adalah tidak dibenarkan.
Membawa peralatan panjang seperti galah di bawah talian dan memancing ikan di kolam atau tasik di bawah talian juga mengundang risiko yang sama, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 23 2018
Aktiviti seperti bermain layang-layang, permainan helikopter, dron atau kapal terbang kawalan jauh di kawasan berdekatan talian atas bervoltan tinggi adalah tidak dibenarkan.
FAM mahu persatuan, kelab belia kreatif lahirkan pemain berkualiti
Negara tidak seharusnya terlalu bergantung kepada bakat di sekolah sukan atau Akademi Mokhtar Dahari dalam melahirkan bintang bola sepak.
Manja Man pengendali baharu Kelantan FC
Bekas pemain pertahanan itu yakin Kelantan memiliki bakat muda yang mampu dibentuk menjadi pemain bernilai bagi pasukan kembali digeruni.
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup
Mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Piala Asia B-23: Kesilapan individu hukum Harimau Muda berdepan Uzbekistan
Skuad negara ketinggalan di awal permainan berpunca kesilapan Muhamad Syahir Bashah yang menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti.
Pindah kerja atau kekal, gaji bukan sebab utama bagi pekerja Malaysia - Kaji selidik
Keinginan untuk mencari cabaran baharu sebagai sebab utama mengapa mereka memilih untuk berpindah tempat kerja di seluruh Asia.
Risiko konflik jejaskan jumlah kapal, pelayaran lebih lama pada separuh tahun pertama
Laluan Tanjung Harapan di Afrika menokok 4,000 batu kepada jarak pelayaran dan tambahan dua minggu masa transit.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
Orang ramai diingatkan jauhi kawasan larangan TNB
Ibu bapa dan penjaga digesa menasihati anak-anak mereka supaya menjauhi kawasan larangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi mengelak berlakunya kejadian tidak diingini pada cuti persekolahan.