awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orang ramai dijemput meriahkan Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 di Masjid Putra esok

Bernama
Bernama
30/12/2022
05:26 MYT
Orang ramai dijemput meriahkan Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 di Masjid Putra esok
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjemput orang ramai hadir memeriahkan program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Putra, Putrajaya esok.
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjemput orang ramai hadir memeriahkan program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Putra, Putrajaya esok.
Program pengisian malam tahun baharu 2023 itu bermula 6.30 petang dengan aktiviti jamuan makan malam diikuti solat Maghrib, solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat pada 7.15 malam.
Perdana Menteri kemudian dijadual memberi ucapan amanat khas pada 8 malam yang turut disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebelum menunaikan solat Isyak pada 8.30 malam.
"Pelbagai pengisian acara disajikan untuk kita semua. Kita jumpa di sana, insya-Allah," menurut Jakim dalam hantaran di Facebook.
Sebelum ini, Anwar mengumumkan Sambutan Ambang Tahun Baharu 2023 di Dataran Merdeka yang sepatutnya diadakan esok dibatalkan berikutan keadaan beberapa negeri dilanda musibah banjir. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Munajat Ambang Tahun Baharu
#Tahun Baharu 2023
#Masjid Putra
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan