awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orang ramai dinasihat lebih cakna dengan fenomena El Nino, musim hujan

Bernama
Bernama
05/10/2023
21:15 MYT
Orang ramai dinasihat lebih cakna dengan fenomena El Nino, musim hujan
Kepekaan orang ramai terhadap keadaan cuaca dan informasi daripada agensi berkaitan amat penting, bagi membolehkan mereka merancang aktiviti harian serta mengelak daripada kejadian tidak diingini. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengingatkan orang ramai supaya sentiasa cakna berkenaan fenomena El Nino dan Monsun Timur Laut, yang dijangka berlaku serentak pada November ini.
Ketua Penolong Pengarah Pusat Iklim Nasional MetMalaysia Amirul Nizam Marodzi berkata kemuncak El Nino juga, dijangka berlaku semasa permulaan musim hujan yang dijangka pada hujung tahun ini atau awal tahun hadapan.
"El Nino dijangka mencapai puncaknya pada hujung tahun atau pun awal tahun hadapan, di mana pada waktu tersebut negara berada dalam Monsun Timur Laut bermula November hingga Mac, yang membawa lebih banyak hujan lebat di negeri pantai timur, Sabah dan Sarawak," katanya semasa hadir dalam rancangan Eksklusif terbitan Nasional FM pada Khamis.
Justeru itu, Amirul Nizam juga mengingatkan orang ramai, untuk lebih peka dengan semua maklumat berkaitan cuaca daripada agensi-agensi berkaitan, terutama MetMalaysia.
Beliau berkata kepekaan orang ramai terhadap keadaan cuaca dan informasi daripada agensi berkaitan amat penting, bagi membolehkan mereka merancang aktiviti harian serta bagi mengelak daripada kejadian tidak diingini.
Sementara itu, beliau turut mengajak orang ramai untuk menyertai Forum Iklim Kebangsaan Monsun Timur Laut dan El Nino 2023/2024 pada 10 Okt ini secara dalam talian, yang memfokuskan kepada penyebaran maklumat mengenai jangkaan musim tengkujuh.
Amirul Nizam berkata webinar itu, bagi memberi persediaan kepada semua pihak menghadapi fenomena Monsun Timur Laut.
Webinar ini merupakan acara tahunan anjuran MetMalaysia, yang akan menampilkan ahli panel daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), yang akan diadakan secara langsung di Facebook Live MetMalaysia, Facebook Live Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dan Facebook Live Astro Awani, pada 10 Okt bermula jam 10 pagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#El Nino
#musim hujan
#MetMalaysia
#monsun timur laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan