Jabatan Kesihatan Kelantan menasihati orang ramai di negeri ini agar memberi perhatian terhadap aspek pencegahan penularan jangkitan virus Zika.
Pengarahnya Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata ini termasuk mereka yang berkunjung ke negara jiran seperti Thailand yang dilaporkan terdapat kes berkenaan.
"Walaupun masyarakat tahu nyamuk dan gigitan nyamuk terdapat di mana-mana, jika mereka memberi perhatian terhadap aspek perlindungan diri seperti memakai baju lengan panjang, tudung dan perlindungan lain, jangkitan tersebut dapat diatasi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2016 peringkat Kelantan dan Kem 'I Want' peringkat daerah Jeli di Dataran Jeli di sini, pada Ahad.
Dr Ahmad Razin berkata setakat ini, pihaknya belum menerima laporan berkaitan kes Zika di negeri ini.
"Kempen dan program membersihkan tempat pembiakan nyamuk Aedes perlu diteruskan dan melibatkan seluruh masyarakat," katanya.
Mengenai kes demam denggi di Kelantan tahun ini, Dr Ahmad Razin berkata orang ramai juga perlu memberi perhatian serius kerana sejak Januari hingga hari ini, terdapat tujuh kematian dilaporkan akibat denggi berbanding enam kematian sepanjang tahun lepas.
Jumlah kes denggi pula sehingga awal bulan ini (Sept), terdapat 3,829 kes dilaporkan di seluruh negeri ini berbanding 1,876 kes dalam tempoh sama tahun lepas, katanya.
Bernama
Sun Sep 18 2016
Perhatian tentang Zika perlu diambil kira oleh semua pihak termasuk mereka yang berkunjung ke negara jiran seperti Thailand yang dilaporkan terdapat kes berkenaan. - Gambar fail
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
Tahap kesedaran di Kelantan masih rendah walaupun akta rokok sudah dikuat kuasa
Jabatan Kesihatan Kelantan mendapati masih ada individu yang merokok di kawasan larangan termasuk premis makanan.
Permohonan maaf kepada pihak PKRC Negeri Kelantan
Astro AWANI memohon maaf atas penyiaran berita bertajuk 'Vandalisme, persetubuhan luar nikah antara kesalahan dikesan di PKRC Kelantan' yang disiarkan pada Rabu.
COVID-19: Jabatan Kesihatan Kelantan ambil kakitangan kontrak susulan peningkatan kes
Dr Izani Hussin berkata kos perubatan juga dijangka meningkat dengan pertambahan kes COVID-19 di Kelantan.
Jawatankuasa Siasatan Dalaman ditubuh siasat kematian di Bachok
Jawatankuasa Siasatan Dalaman ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan insiden kekeliruan punca kematian membabitkan seorang lelaki di Bachok.
COVID-19: Lebih ramai pelajar SMK Pantai jalani ujian saringan
Pelajar yang positif COVID-19 itu merupakan kontak rapat kepada seorang pelajar yang disahkan positif minggu lepas sebelum penguatkuasaan PKPB pada 17 Okt.
Koronavirus: Kelantan tak terkecuali ambil langkah berjaga-jaga
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Dr Izani Husin pada masa sama turut menasihati rakyat Kelantan supaya mengutamakan kebersihan.
Denggi meningkat ke tahap membimbangkan di Kelantan
Kes demam denggi di Kelantan menunjukkan peningkatan membimbangkan apabila 2,030 kes direkodkan dalam tempoh 1 Januari hingga 13 Julai tahun ini berbanding 518 kes dalam tempoh sama tahun lepas.
Orang ramai dinasihat lebih waspada terhadap jangkitan virus Zika di Kelantan
Mereka yang berkunjung ke negara jiran seperti Thailand juga perlu memberi perhatian terhadap aspek pencegahan.
Kelantan waspada susulan virus Zika di Thailand
Sebagai negeri yang bersempadan dengan Thailand, langkah pemantauan dan berjaga-jaga dilakukan bagi mengekang kemasukan virus berkenaan ke negeri ini.