awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orang ramai perlu waspada individu menyamar pegawai penguatkuasa KPDNKK

Bernama
Bernama
02/04/2016
09:22 MYT
Orang ramai perlu waspada individu menyamar pegawai penguatkuasa KPDNKK
Terdapat satu kes apabila individu yang menyamar itu menawarkan warga emas lesen perniagaan dengan harga tertentu. - Gambar fail
Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap individu yang menyamar sebagai pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan menipu mangsa berhubung perolehan lesen perniagaan.
Timbalan Pengarah KPDNKK Perak Mohd Khalis Kasim berkata sekiranya peniaga didatangi pegawai penguatkuasa KPDNKK, mereka perlu meminta pegawai terbabit menunjukkan kad kuasa.
"Langkah ini bagi mengelak mangsa di tipu. Dalam situasi ini, kebiasaannya penguatkuasaan dijalankan oleh sekurang-kurangnya dua orang pegawai," katanya kepada pemberita di pejabatnya hari ini.
Beliau berkata dalam kes terbaharu pada 28 Mac lepas, seorang lelaki warga emas ditipu oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai penguatkuasa KPDNKK dan menawarkan lesen perniagaan kepada mangsa dengan harga RM60.
Mohd Khalis berkata lelaki terbabit datang ke gerai makan milik mangsa di Pasir Puteh di sini, kira-kira pukul 8 pagi dan meminta mangsa menunjukkan lesen perniagaannya.
"Mangsa memberitahu bahawa dia tidak mempunyai lesen perniagaan dan suspek menawarkan lesen kepada mangsa serta memintanya membayar RM60. Tiga hari kemudian, suspek menyerahkan satu salinan surat kelulusan perniagaan palsu kepada mangsa," katanya.
Beliau berkata apabila meragui tindakan suspek itu, mangsa memberitahu anaknya dan menghubungi pejabat KPDNKK untuk mendapatkan pengesahan.
"Pihak kami mendapati mangsa ditipu kerana surat yang diterima oleh mangsa berbeza dengan surat sebenar. Anak mangsa kemudian membuat laporan polis," katanya dan menambah polis sedang mengesan suspek terbabit.
Topic Berkaitan
#individu menyamar pegawai KPDNKK
#Khalis Kasim
#lesen perniagaan
#peniaga tertipu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan