awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Orang utara, siap sedia kemungkinan banjir nak mai"

Astro Awani
Astro Awani
21/12/2021
11:53 MYT
"Orang utara, siap sedia kemungkinan banjir nak mai"
Ismail Sabri berkata, beliau tidak mahu kejadian banjir seperti di Selangor berulang apabila kebanyakan penduduk tidak bersedia. - Gambar/ Astro AWANI
BERA: Penduduk di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia dinasihatkan supaya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan banjir berikutan amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berhubung hujan berterusan di kawasan itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau tidak mahu kejadian banjir seperti di Selangor berulang apabila kebanyakan penduduk tidak bersedia menghadapi bencana itu sehingga mengakibatkan kerugian harta benda dan kehilangan nyawa.
“Kita tidak mahu jadi seperti Selangor kerana banjir bukan perkara biasa di negeri (berkenaan). Jadi apabila pihak berkuasa mengeluarkan amaran mereka mungkin tidak menjangka air naik dengan cepat dan enggan berpindah.
“Akhirnya ramai terperangkap dan ramai terpaksa berpindah serta-merta tanpa sempat menyelamatkan harta benda serta dokumen pengenalan diri,” katanya kepada pemberita ketika meninjau Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sri Buntar di sini hari ini.
[LAPOR LANGSUNG] Bencana banjir 2021: 17 terkorban akibat banjir di Selangor
Met Malaysia | Amaran hujan berterusan di Utara Semenanjung
Dalam lawatan itu. Ismail sempat menyantuni mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di PPS itu sebelum ke beberapa PPS lain berhampiran kawasan itu.
Pada masa yang sama, Perdana Menteri turut mengingatkan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya turut membuat persiapan termasuk membabitkan PPS, bantuan barangan dan keperluan aset selain memastikan sistem perparitan dan saliran diselenggara dengan baik.
Sebelum ini, MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan di negeri-negeri di utara Semenanjung hari ini.
Menurut jabatan itu, amaran tahap waspada itu melibatkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan beberapa kawasan di Perak iaitu Kerian dan Larut, Matang serta Selama.
Topic Berkaitan
#Banjir 2021
#negeri utara
#MetMalaysia
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan