SEMPENA sambutan Hari Wilayah, siri #OrangKL akan dilancarkan pada 1 Feb, 2016 hanya di astroawani.com




food collage



1. Kuala Lumpur, syurga makanan

BANDAR RAYA Kuala Lumpur sememangnya terkenal dengan kepelbagaian jenis makanan dari pelbagai negeri.

Walaupun berstatus bandar raya, namun makanan tradisional dari pelbagai negeri di negara ini termasuk nasi kerabu, tempoyak, budu, nasi dagang, mi kolok, ayam penyet, nasi beriani, rojak, pasembor boleh didapati di KL dengan mudah.

Bukan itu sahaja, juadah luar negara seperti Korea, Vietnam, Taiwan, Indonesia, Thailand, India, Arab, Itali, Perancis sehingga ke juadah terkenal etnik minoriti Uighur, iaitu Mi Tarik boleh didapati dengan mudah di sini pada bila-bila masa.

Siapa tak pernah menjamu selera menikmati nasi beriani kambing pada pukul 4 pagi?


cafe



2. Punya kafe unik pelbagai guna


Sebagai sebuah bandar raya besar, KL tidak ketinggalan dalam pelbagai aspek pembangunan sosial.

Ini dilihat melalui kewujudan banyak kafe pelbagai guna di KL yang menjadikan ibu negeri ini unik di mata penghuninya.

Kafe kedai rambut, yang mana anda boleh potong rambut di suatu sudut dan menjamu selera dalam satu kedai yang sama, kafe untuk beramah mesra dengan kucing, kafe dalam perpustakaan, kafe yang membenarkan anda membawa binatang peliharaan dan kafe untuk anak-anak anda bermain dan anda boleh makan dengan tenang.



panda


3. Tarikan Xing Xing dan Liang Liang di Zoo Negara

Kehadiran dua ekor panda di Zoo Negara yang terletak di Ulu Klang dekat Taman Melawati menyumbang kepada keunikan KL.

KL menjadi satu-satunya bandaraya di Asia Tenggara yang mempunyai binatang mamalia ini di zoonya.


#OrangKL, Hari Wilayah


4. Dua menara tertinggi di dunia

Dua mercu tanda kebanggaan Malaysia letaknya di bandar raya ini.

Menara Kuala Lumpur yang terletak di kemuncak Bukit Nanas 94 meter dari aras laut berketinggian 421 meter.

Menara ini dibina sebagai menara komunikasi untuk mempertingkatkan khidmat telekomunikasi dan sistem pemancar. Ianya merupakan menara komunikasi ke lapan tertinggi di dunia selepas Kanada.

Manakala, Menara Berkembar Petronas KLCC pernah memegang gelaran bangunan tertinggi dari tahun 1998 hingga 2004.

Pembinaanya menelan masa tujuh tahun sehingga menjadi bangunan tertinggi di dunia sewaktu disiapkan iaitu tahun 1998.

Menara ini dibina di atas tapak lumba kuda Kuala Lumpur. Kedalaman batuan dasar menjadikan bangunan ini dibina pada tapak yang paling dalam di dunia.



#OrangKL, Hari Wilayah


5. Stesen Keretapi KL dan Masjid Jamek

Tahukah anda Stesen Keretapi dan Masjid Jamek Kuala Lumpur dibina untuk menahan kesejukan musim salji sehingga ke tahap kedalaman salji setebal dua kaki.

Platform keretapi juga dibina tinggi supaya tidak ditenggelami salji. Bumbung di atas platform keretapi stesen berkenaan juga dibina sehingga tahap mampu menampung berat salji setebal 2 kaki.

Ini adalah kerana arkitek bangunan berkenaan, Arthur Bennison Hubback, seorang bekas Brigadier Jeneral British di zaman perang dunia pertama, mengikut peraturan pembinaan yang telah ditetapkan mengikut piawaian British walaupun 'Malaya' adalah beriklim tropika.


#OrangKL, Hari Wilayah


6. Hab perhubungan, KL Sentral

Di mata orang luar, warga KL sangat bertuah mempunyai KL Sentral sebagai sebuah hab pengangkutan "antara-modus" (melibatkan pelbagai jenis pengangkutan).

Pelbagai kemudahan pengangkutan awam seperti bas, LRT, KTM untuk ke pelbagai destinasi dalam negara malah ke Singapura dan Thailand turut disediakan.

KL Sentral dibuka pada 16 April 2001 untuk mengambil alih peranan Stesen Keretapi Kuala Lumpur lama, sebuah mercu tanda zaman penjajahan yang masih dibuka untuk tren komuter sahaja.

KL Sentral ialah stesen kereta api terbesar di Asia Tenggara.


#OrangKL, Hari Wilayah


7. Hutan hujan purba di tengah hutan batu

Hutan Lipur Bukit Nanas merupakan satu-satunya kawasan hutan asli jenis Dipterokarp Pamah yang masih wujud di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur.

Hutan lipur ini dahulunya dikenali sebagai Hutan Simpan Bukit Weld dan merupakan Hutan Simpan yang tertua di Semenanjung Malaysia.

Bukit Nanas terletak di Hutan Lipur Bukit Nanas yang terbuka kepada orang awam, dengan tersedianya denai hutan, pusat pelancong, dan muzium perhutanan. Juga pernah disediakan perkhidmatan kereta kabel yang telah dihentikan pada 1980-an.

Pada 1990-an, Menara Kuala Lumpur dibina atas bukit ini dan ianya dilengkapi dengan geladak pemerhatian, dewan jamuan dan restoran berputar.

#OrangKL, Hari Wilayah


8. KL destinasi pelancongan utama

Sektor pelancongan juga tidak kurang penting peranannya bukan sahaja dalam sector ekonomi malah keunikan Kuala Lumpur.

Antara destinasi pelancongan utama di Kuala Lumpur termasuk Dataran Merdeka, Parlimen Malaysia, Istana Budaya, Istana Negara, Menara Kuala Lumpur, KLCC, Muzium Negara, Tugu Negara.

Bandar raya ini juga mempunyai beberapa rumah ibadah dengan struktur pembinaan unik dan moden seperti Masjid Jamek, Masjid Negara dan Masjid Wilayah Persekutuan.

Selain itu, KL turut dipenuhi dengan desitinasi kebuadayaan untuk dikunjungi seperti di Aquaria KLCC, Batu Caves, Makam Pahlawan, Pusat Sains Negara, Petaling Street, Zoo Negara, Tokong Thean Hou dan Kuil Sri Maha Mariamman.



#OrangKL, Hari Wilayah



9. Petaling Street, Jalan TAR, Brickfields

Walaupun KL mempunyai pusat beli belah yang hebat, warga KL tidak meletakkan ianya sebagai satu-satunya pilihan.

Apa yang membuatkan KL sangat unik apabila warganya boleh memilih untuk membeli belah di pusat beli belah terkemuka atau pun bersesak-sesak di pasar jalanan seperti di Petaling Street, Jalan TAR atau Jalan Brickfields.

Pasar lewat malam menjual pelbagai barangan dengan harga berpatutan turut mendapat tempat di hati warga kota dan pelancong. Kini, pasar-pasar ini yang dikenali sebagai 'Uptown' atau 'Downtown' kini didapati di beberapa daerah di sekitar KL.


#OrangKL, Hari Wilayah



10. Penyatuan seni dan hiburan

KL sebagai sebuah pusat kegiatan dan acara kebudayaan utama di Malaysia.

Antara tempat-tempat kebudayaan terpenting di ibu kota ialah Muzium Negara yang terletak di Lebuhraya Mahameru, menyimpan koleksi artifak dan lukisan yang terkumpul dari seluruh negara.

Di Kuala Lumpur juga terbinanya sebuah Muzium Kesenian Islam berhampiran Masjid Negara yang menempatkan lebih 7,000 buah artifak Islam termasuk bahan pameran yang jarang ditemui.

Dewan Filharmonik Petronas merupakan tempat acara seni persembahan terulung di Malaysia yang didiami oleh Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) yang terdiri daripada ramai pemuzik dari seluruh pelusuk dunia yang mempersembahkan konsert dan persembahan kebudayaan tradisional.

Istana budaya adalah pentas teater utama Malaysia untuk persembahan seni dan teater dari dalam dan luar negara.

Balai Seni Lukis Negara berfungsi sebagai pusat kecemerlangan dan amanah warisan seni kebangsaan.

Sebuah lagi pusat seni halus, iaitu Galeri Petronas, terletak dalam pusat beli-belah Suria KLCC, menempatkan hasil karya seni yang berubah-ubah mengikut tema semasa.

Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPac) di Sentul West ialah sebuah pusat penerbitan seni tempatan yang mendukung artis-artis persembahan bebas tempatan dan serantau.