KUALA LUMPUR: Organisasi sektor awam selaku jentera yang menyokong agenda kerajaan perlu memperkasakan penyampaian perkhidmatan secara telus, cekap dan mesra rakyat dari semasa ke semasa.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu perlu bagi memastikan negara dan rakyat dapat menikmati keharmonian serta kemakmuran yang berterusan.
"Kerajaan MADANI pada hari ini menekankan kemampanan dan kesejahteraan manusia secara holistik supaya dasar kerajaan serta pelaksanaannya memberi manfaat kepada rakyat.
"Ini kerana kita berdepan dengan dunia yang masih bergelut dengan adu kuasa dan peperangan, kerancakan perdagangan ekonomi sejagat kian terbantut dan krisis iklim serta persekitaran yang berada di tahap genting," kata beliau dalam teks ucapan perasmian Majlis Anugerah Kecemerlangan Menteri Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) 2023, di sini, malam tadi.
Teks ucapan Anwar dibacakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang mewakili beliau merasmikan majlis itu.
Turut hadir Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dan timbalannya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
Perdana Menteri berkata, sebagai jentera kerajaan yang bertanggungjawab dalam penyampaian perkhidmatan awam cemerlang, semua kakitangan organisasi sektor itu perlu berfungsi secara tuntas.
"Pelan Perindustrian Negara, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia dan Belanjawan MADANI tidak akan dapat diterjemahkan sepenuhnya jika tidak dilaksanakan oleh perkhidmatan yang dinamik dan agresif.
"Kemampanan dan tatakelola perkhidmatan awam perlu lebih ampuh dalam menoktahkan persepsi negatif dan kebejatan perkhidmatan awam," kata beliau.
Mengenai pencapaian KPKT, Anwar berkata, inisiatif kementerian itu seperti MyKiosk dan Rumah Mesra Rakyat MADANI mempunyai elemen kesan pengganda kepada ekonomi setempat yang selari dengan objektif utama Ekonomi MADANI iaitu memperkasakan kehidupan rakyat.
"Apabila kita memberi peluang kepada peniaga kecil menambah pendapatan, kita sebenarnya merancakkan lagi penjanaan pendapatan dalam ekonomi setempat dan apabila menempatkan rakyat kita dalam rumah yang berdaya huni, setiap individu dapat menikmati kemudahan asas yang selesa.
"KPKT dalam hal ini juga telah melaksanakan prakarsa (inisiatif) yang seiring dengan hasrat Ekonomi MADANI malah memberi manfaat secara langsung kepada rakyat," kata beliau.
Perdana Menteri berkata, antara inisiatif itu ialah pembinaan sebanyak 4,250 unit Rumah Mesra Rakyat dengan subsidi RM20,000 bagi setiap rumah dan pembayaran bulanan yang rendah bagi masyarakat luar bandar membina kediaman mereka sendiri.
"Selain itu, membina sebanyak 3,209 gerai MyKiosk yang berkuasakan tenaga solar dengan kadar sewa yang rendah bagi memperkasakan golongan B40 untuk memulakan perniagaan dan meningkatkan pendapatan," kata beliau.
Anwar berkata, semua pencapaian inisiatif itu adalah usaha penjawat awam yang kompeten dan cemerlang.
"Saya berbangga dengan semangat tinggi KPKT yang tidak bertangguh malah mengambil langkah segera dalam menyambut dan menggerakkan pelaksanaan Kerangka Ekonomi MADANI.
"Saya amat berharap momentum semangat tinggi ini dapat dikekalkan sehingga membuahkan hasil seperti yang dihasratkan," kata Perdana Menteri. - BERNAMA
Bernama
Sat Nov 11 2023
Organisasi sektor awam selaku jentera yang menyokong agenda kerajaan perlu memperkasakan penyampaian perkhidmatan secara telus, cekap dan mesra rakyat dari semasa ke semasa, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Gambar fail BERNAMA
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Agensi pemerkasaan agenda bumiputera perlu cekap, bertanggungjawab - PM
Anwar bagaimanapun berkata semua dasar bumiputera tidak akan mengenepikan hak kaum-kaum lain.
Harga diesel turun 5 sen mulai esok
Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak 5 sen kepada RM3.30 seliter seiring dengan penurunan harga pasaran dunia minyak ketika ini.
Ringgit cecah 4.4000 berbanding dolar AS
Ringgit Malaysia mencecah 4.4000/4150 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pukul 11.32 pagi hari ini.
'Belum terbuka hati jumpa wakil pembangkang' - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mengakui terdapat wakil parti politik pembangkang yang mahu berjumpa beliau dan Anwar untuk berunding membentuk kerjasama dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Terlalu awal klasifikasi isu HRD Corp sebagai skandal seperti 1MDB - Fahmi
Fahmi menyifatkan terlalu awal untuk mengklasifikasikan isu pengurusan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) sebagai skandal seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kerajaan pertimbang model Ombudsman unik, gabung EAIC, Biro Pengaduan Awam
Kerajaan sedang mempertimbangkan satu model Ombudsman Malaysia yang unik dengan menggabungkan Biro Pengaduan Awam serta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).
Kebajikan anggota keselamatan terus diberi keutamaan - PM Anwar
Perdana Menteri beri jaminan bahawa Kerajaan Madani akan terus memastikan kebajikan dan kemudahan anggota keselamatan diberi keutamaan.
Rasionalisasi subsidi diesel diumum jam 5 petang hari ini
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan akan mengadakan sidang media mengenai rasionalisasi subsidi diesel di pejabat Kementerian Kewangan di Putrajaya jam 5 petang pada Ahad.
Dasar TVET Negara 2030: 5 teras selaras program TVET
DASAR TVET Negara 2030 adalah usaha menyelaras pelaksanaan program TVET di Malaysia.
PM umum tambahan RM200 juta perkasa program TVET
Kerajaan mengumumkan pembiayaan tambahan RM200 juta bagi program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang akan dapat dimanfaatkan oleh kira-kira 13,000 orang pelajar.