"NOMADLAND" dinobat filem terbaik pada majlis anugerah Oscars 2021 pada Isnin.

Kisah pengembaraan epik seorang wanita yang hilang pekerjaan dan kediaman ini mengetepikan drama bersejarah "Trial of the Chicago 7" dan "Mank".

Sutradaranya Chloé Zhao turut memenangi anugerah Pengarah Terbaik.

Selain Filem Terbaik, "Nomadland" juga dicalonkan untuk lima lagi kategori dan menang tiga daripadanya.

Sementara itu, bintang veteran Sir Anthony Hopkins memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik melalui "The Father". 

Anthony Hopkins merupakan pemenang anugerah paling tua, memenangi Oscar keduanya pada usia 83 tahun selepas kemenangan pertama 29 tahun lalu menerusi "The Silence of the Lambs".

Anugerah Pelakon Wanita Terbaik pula dirangkul Frances McDormand melalui filem "Nomadland."


Berikut senarai pemenang Oscar 2021:

1. Filem Terbaik - Nomadland
2. Pengarah Terbaik - Chloe Zhao (Nomadland)
3. Pelakon Wanita Terbaik - Frances McDormand (Nomadland)
4. Pelakon Lelaki Terbaik - Anthony Hopkins (The Father)
5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Youn Yuh-jun (Minari)
6. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Daniel Kaluuya (Judas and the Black Messiah)
7. Lagu Terbaik - Fight For You (Judas and the Black Messiah)
8. Filem Animasi Terbaik - Soul
9. Solekan dan Tatarias Rambut Terbaik - Ma Rainey's Black Bottom
10. Kesan Visual Terbaik - Tenet
11. Sinematografi Terbaik - Mank
12. Suntingan Filem Terbaik - Sound of Metal
13. Rekaan Produksi Terbaik - Mank
14. Kesan Bunyi Terbaik - Sound of Metal
15. Filem Antarabangsa Terbaik - Another Round (Denmark)
16. Dokumentari Pendek Terbaik - Colette
17. Rencana Dokumentari Terbaik - My Octopus Teacher
18. Filem Pendek Aksi Langsung Terbaik - Two Distant Strangers
19. Filem Animasi Pendek Terbaik - If Anything Happens I Love You
20. Lakon Layar Terbaik - Promising Young Woman (Emerald Fennell)
21. Lakon Layar Adaptasi Terbaik - The Father (Christopher Hampton and Florian Zeller)
22. Skor Filem Terbaik - Soul
23. Rekaan Kostum Terbaik - Ma Rainey's Black Bottom