GEORGE TOWN: Pulau Pinang akan menerima jumlah vaksin berganda pada bulan depan berbanding bulan ini selepas kadar vaksinasi harian di negeri itu melebihi sasaran ditetapkan, kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.
Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin ketika sidang khas 'Majlis Keselamatan Negara: Pengurusan COVID-19' semalam.
"Justeru, diharapkan bekalan tersebut akan membolehkan semua pusat pemberian vaksin (PPV) yang tersenarai, termasuk PPV lapangan membabitkan beberapa syarikat multinasional yang masih menunggu lampu hijau, dapat dibuka serta beroperasi sepenuhnya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Chow berkata, sebanyak 11 PPV awam sedang beroperasi di Pulau Pinang termasuk di SPICE Arena dan Universiti Sains Malaysia selain PPV khas bagi 'economic frontliners', tujuh di hospital swasta dan 19 klinik swasta.
Katanya, secara keseluruhan, kadar vaksinasi harian Pulau Pinang kini melebihi sasaran ditetapkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
"Menerusi PICK, sasaran vaksinasi yang ditetapkan oleh MOSTI bagi Pulau Pinang untuk bulan ini ialah 6,544 dos sehari, bagaimanapun, hasil usaha bersama Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan pihak berkaitan, kita telah capai 14,422 suntikan pada 24 Jun 2021 dengan beberapa PPV mencatatkan tahap melebihi kapasiti maksimum ditetapkan," katanya.
Jelasnya, hingga 24 Jun, laman vaksincovid.gov.my melaporkan bahawa prestasi vaksinasi Pulau Pinang ialah pada kadar 13.91 peratus dan kerajaan negeri akan terus menggembleng sepenuh sumber bagi membolehkan rakyat Pulau Pinang divaksinasi sepenuhnya. - BERNAMA
Bernama
Sat Jun 26 2021

Pulau Pinang akan menerima jumlah vaksin berganda pada bulan depan berbanding bulan ini selepas kadar vaksinasi harian di negeri itu melebihi sasaran ditetapkan, kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Gempa bumi Turkiye: Wisma Putra berjaya hubungi 12 rakyat Malaysia
Wisma Putra akan terus berhubung dengan mereka dari semasa ke semasa bagi memantau keadaan terkini semua rakyat Malaysia di Turkiye.

Kedah negeri terbaharu dilanda banjir
Kedah menjadi negeri terbaharu dilanda banjir dengan satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di mukim Karangan dekat Kulim, pada petang Isnin.

Anwar ucap takziah kepada mangsa tragedi gempa bumi di Turkiye
Anwar menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta semua negara yang terjejas akibat gempa bumi maut yang melanda wilayah Kahramanmaras di selatan Turkiye pada Isnin.

Gempa bumi: Asrama runtuh, pelajar Malaysia di Turkiye selamat
MASAT mengesahkan tidak menerima sebarang laporan berkenaan pelajar Malaysia yang terkesan akibat gempa bumi bermagnitud 7.8 yang menggegarkan selatan Turkiye pagi Isnin.

Gempa bumi Turkiye: Malaysia rakam ucapan takziah, simpati kepada Turkiye - Zambry
Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa dan keluarga mereka serta kerajaan dan rakyat Turkiye susulan gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter melanda negara itu pada Isnin.

Agenda AWANI: Kabinet Bayangan
Penubuhan ‘Kabinet Bayangan’ oleh Perikatan Nasional, apa lagi boleh pastikan suara pembangkang bukan sekadar semak dan imbang tetapi lebih bersifat suara ‘Kerajaan Alternatif’?

AWANI Ringkas: Turkiye, Syria dilanda gempa kedua
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: KPT galak IPTS laksana program Menu Rahmah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Gempa bumi: Agong, Raja Permaisuri zahir takziah kepada Turkiye, Syria
Baginda berdua turut menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terkorban dalam musibah itu sehingga menyebabkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.

PH belum buat keputusan terima bekas ahli UMNO yang dipecat
Pakatan Harapan belum lagi membuat sebarang keputusan sama ada untuk menerima beberapa bekas Ahli UMNO yang telah menyuarakan hasrat untuk menyertai gabungan itu.

Penumpang nyaris maut bas ekspres terbalik
Mangsa, enam lelaki dan 10 wanita, hanya mengalami kecederaan ringan dan terus diberi rawatan awal di lokasi kejadian.

Banjir: Semua PPS di Pulau Pinang ditutup, mangsa di Johor, Sabah menurun
Banjir di Pulau Pinang semakin pulih apabila kedua-dua pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah di negeri itu ditutup sepenuhnya sementara jumlah mangsa banjir di Johor dan Sabah menurun.

Hujan lebat, beberapa kawasan di Seberang Perai dilanda banjir kilat
Hujan lebat berterusan sejak jam 4 petang di Pulau Pinang menyebabkan beberapa kawasan di Seberang Perai dilanda banjir kilat.

Demam Babi Afrika merebak ke daerah Barat Daya Pulau Pinang, 62,197 babi dijangkiti
Penyakit African Swine Fever (ASF) atau demam babi Afrika kini telah merebak ke daerah Barat Daya Pulau Pinang, menyebabkan tiga lagi ladang ternakan babi ditutup.

PRN: Pulau Pinang tidak tolak kemungkinan bubar DUN penghujung Mei
Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang berpandangan Jun atau Julai ini adalah waktu yang paling sesuai untuk mengadakan pilihan raya negeri (PRN).

Thaipusam: Beberapa jalan di sekitar P.Pinang ditutup untuk perarakan pedati mulai Sabtu
Beberapa jalan di sekitar bandar raya George Town akan ditutup mulai pukul 6.30 pagi Sabtu ini, hingga pukul 7 petang pada 6 Feb.

Tak salah lantik ahli keluarga jika layak - Mufti Pulau Pinang
Menurut perspektif Islam, dalam menilai sesuatu tindakan atau amalan, sebahagian kita terkeliru antara matlamat dan cara untuk mencapai matlamat.

Tongkang Namthong memasuki Pelabuhan Pulau Pinang tengah malam ini
Tongkang Namthong 27 dari Kantang, Thailand yang membawa kontena kargo itu sedang menuju ke Pelabuhan Pulau Pinang sebelum kebocoran.

Bocor, tongkang sarat kontena nyaris karam
Sebuah tongkang yang membawa pelbagai jenis kontena hampir karam selepas ia mengalami kebocoron ketika berada di perairan muara Kuala Muda.

Rumah pusaka dijadikan Rumah Ngaji
Rumah Ngaji yang ke-50 di Pulau Pinang itu dikenali sebagai Rumah Ngaji Abu Bakar dikendalikan oleh Yayasan Mawar Pulau Pinang.