GEORGE TOWN: Pulau Pinang menerima penerbangan sulung Flydubai dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) kelmarin, sekali gus menyediakan satu lagi pilihan kepada pelancong ke negeri ini dengan penerbangan terus, kata Pengerusi Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Wong Hon Wai.
Beliau berkata, ketibaan penerbangan itu pada hari pertama Tahun Baharu Cina adalah dialu-alukan, menandakan satu peristiwa penting dalam industri pelancongan Pulau Pinang.
''Flydubai merupakan syarikat penerbangan pertama dari UAE yang terbang terus ke Pulau Pinang dan ia juga adalah permulaan era baharu kepada ekonomi di negeri ini," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Penerbangan sulung dengan pesawat Boeing 737 MAX yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada 3.03 petang diberikan sambutan tradisi semburan air, sebaik sahaja mendarat.
Wong berkata, Flydubai menawarkan penerbangan terus setiap hari dari Dubai ke Pulau Pinang dengan persinggahan singkat di negeri ini untuk penerbangan seterusnya ke Langkawi, Kedah.
Syarikat penerbangan itu turut menawarkan pilihan perjalanan yang mudah untuk penumpang dari UAE dan menghubungkan penumpang dengan rangkaian penerbangan antarabangsanya termasuk ke Pulau Pinang, katanya.
"Sejak penubuhannya pada Jun 2009, Flydubai telah memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan perdagangan, pelancongan dan kebudayaan di seluruh rangkaian antarabangsanya yang semakin berkembang.
"Flydubai muncul sebagai syarikat penerbangan pertama yang mengendalikan penerbangan terus dari Dubai ke destinasi pelancongan popular, iaitu Pulau Pinang dan Langkawi yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pelancong," katanya.
Beliau berkata, pada tahun lepas, beberapa syarikat penerbangan antarabangsa telah kembali semula dengan penerbangan terus ke Pulau Pinang dan menyediakan perkhidmatan kepada pelancong dari pelbagai negara.
"Antara laluan penerbangan yang kembali ke Pulau Pinang pada masa ini adalah dari Guangzhou, Xiamen, Doha dan Bangkok," katanya.
Wong berkata, ketika ini Pulau Pinang menerima penerbangan terus daripada 14 bandar antarabangsa dan pihaknya akan terus mengukuhkan komitmen bagi memperkukuh hubungan dengan destinasi global utama.
Selain itu, turut akan dilaksanakan adalah mengukuhkan status negeri itu sebagai destinasi pelancongan antarabangsa terkenal dan hab perniagaan, katanya.
"Pulau Pinang mengembalikan semula beberapa laluan penerbangan dan kami juga mengalu-alukan syarikat penerbangan berbeza menyediakan perkhidmatan penumpang ke destinasi di negeri ini.
"Ini menandakan lonjakan kami dalam menyambungkan kebolehcapaian Pulau Pinang dengan pelancong dan pengembara antarabangsa," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sun Feb 11 2024
Pulau Pinang menerima penerbangan sulung Flydubai dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) kelmarin, sekali gus menyediakan satu lagi pilihan kepada pelancong ke negeri berkenaan dengan penerbangan terus.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Che'gu Bard tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru berdepan tuduhan lagi
Beliau yang hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948.
Niaga AWANI: KWSP: Melestari kehidupan persaraan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikatakan bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat. Namun KWSP telah memperkenalkan Akaun Fleksibel dan berkuat kuasa mulai 11 Mei 2024. Bagaimana pengurusan persaraan selepas ini dan apakah pendekatan terbaik bagi meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat?
CapCut juga mungkin akan diharamkan di Amerika Syarikat
Menurut laporan The Washington Post, Amerika Syarikat turut akan memerlukan CapCut dijual untuk terus beroperasi di negara mereka.
Niaga AWANI: WEF: Exploring multiple dimensions for energy transition
Current climate change has left a significant impact on the health of the planet. Therefore, global at this time gives special focus on energy transition efforts. Head of Centre for Energy and Materials; Member of the Executive Committee, World Economic Forum, Roberto Bocca shares on this at the World Economic Forum from Riyadh, Saudi Arabia.
P. Pinang terima penerbangan sulung Flydubai pada Tahun Baharu Cina
Flydubai merupakan syarikat penerbangan pertama dari UAE yang terbang terus ke Pulau Pinang.
Nahas Flydubai: TV Rusia siar kata-kata akhir juruterbang
Transkrip perbualan terakhir itu jelas menunjukkan pesawat tersebut hilang kawalan sejurus fungsi autopilot dimatikan.
#ICYMI: Berita pilihan pengarang (14 - 20 Mac, 2016)
Berikut adalah berita pilihan pengarang Astro AWANI bagi minggu bermula 14 sehingga 20 Mac.