GEORGE TOWN:Kerajaan Pulau Pinang akan meneruskan keempat-empat projek infrastruktur di negeri itu yang peruntukannya dibatalkan kerajaan Pusat demi kepentingan dan manfaat 1.6 juta rakyat negeri itu.
Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berkata, meskipun mempunyai sumber kewangan dan kuasa yang amat terhad, pihaknya akan mengatur semula tindakan termasuk kewangan dengan mencari kaedah yang sesuai bagi meneruskan projek-projek itu.
Katanya, empat projek infrastruktur yang dibatalkan adalah projek kereta kabel Bukit Bendera bernilai RM100 juta dan projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) bernilai RM800 juta.
Dua lagi projek tersebut adalah jaminan pinjaman kerajaan Persekutuan untuk pembinaan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang dan feri ikonik Pulau Pinang, katanya.
"Antara langkah yang bakal diambil adalah melalui model pembiayaan alternatif bagi meneruskan projek kereta kabel Bukit Bendera dan LRT.
"Kereta kabel Bukit Bendera... Perbadanan Bukit Bendera akan umumkan tender untuk pembiayaan sektor swasta ambil bahagian. LTAPP pun sudah lulus dan sepatutnya boleh mula projek.
"Projek ini sudah ada pembiayaan dan perlu dilaksanakan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Kon Yeow berkata bagi memastikan semua projek berkenaan dapat diteruskan, DAP Pulau Pinang melancarkan kempen mengumpul tandatangan rakyat dalam usaha menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengembalikan empat projek infrastruktur yang dibatalkan.
Sebelum ini, kerajaan PH meluluskan peruntukan RM100 juta untuk projek kereta kabel Bukit Bendera dalam Belanjawan 2020 yang dibentangkan Menteri Kewangan ketika itu, Lim Guan Eng dengan baki kos perlu ditanggung oleh kerajaan negeri.
Peruntukan itu bagaimanapun ditarik balik oleh kerajaan yang baharu.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Jan 07 2021

Kon Yeow berkata, meskipun mempunyai sumber kewangan dan kuasa yang amat terhad, pihaknya akan mengatur semula tindakan.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [18 Januari 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [18 Januari 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/6927595441610929097903/1886027_27846248341610929256993_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [18 Januari 2021]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Geegee Ahmad dan Nursyazwani Saiful Sham.

Kawalan keselamatan diperhebat menjelang angkat sumpah Joe Biden Rabu ini
Di beberapa negeri, tunjuk perasaan dan demonstrasi meletus menjelang pelantikan Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-46.

COVID-19: Brazil lulus penggunaan kecemasan dua vaksin
Brazil kini memiliki 6 juta dos vaksin Sinovac dan sedia diedarkan dalam masa beberapa hari.

Terbuka Australia | 72 pemain tenis jalani kuarantin
72 pemain yang akan menyertai Kejohanan Tenis Terbuka Australia diarahkan untuk jalani kuarantin. Ini selepas ada kes positif COVID-19 dikesan dalam pesawat sewa khas ketiga yang tiba di Melbourne.

Unjuran Pasaran | Bursa dijangka didagang berhati-hati
Dagangan di Bursa Malaysia dijangka berhati-hati menjelang pengumuman Bank Negara mengenai kadar dasar semalaman pada Rabu. Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata kemungkinan satu lagi pengurangan kadar oleh bank pusat tidak dapat dielakkan.

Unjuran Pasaran | Niaga hadapan MSM dijangka merosot
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah di Bursa Malaysia Derivatives dijangka merosot minggu ini, didorong aktiviti pengambilan untung berikutan harga lebih tinggi. Interband Group of Companies berkata harga dijangka berada antara RM3,350 dan RM3,450 satu tan pada minggu ini.

Unjuran Pasaran | Ringgit dijangka uji paras psikologi 4.0
Ringgit mungkin menguji paras psikologi 4.00 berbanding dolar Amerika pada minggu ini. Ini di tengah-tengah jangkaan bahawa Bank Negara akan kekalkan kadar dasar semalaman pada 1.75 peratus minggu ini.

COVID-19 | Angka korban global melebihi 2.02 juta
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 2.02 juta kes. Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 397 ribu kes.

COVID-19 | Kes positif dunia melebihi 94.82 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 94.82 juta kes. Ia berikutan pertambahan ratusan ribu kes baharu yang dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Politik | UMNO perlu curi peluang pulihkan imej
Pemimpin UMNO perlu bijak mencuri peluang memulihkan imej bagi mendapatkan semula kepercayaan akar umbi. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Rohazam Bakar berkata, asakan dan desakan oleh segelintir pihak di tengah-tengah krisis pandemik hanya akan melemahkan parti dan menonjolkan kepada rakyat bahawa UMNO semakin tidak relevan.

PSR: Nelayan dakwa pampasan tidak masuk akal dengan projek bertaraf mega
Pengerusi Persatuan Nelayan Pulau Pinang berkata nilai pampasan yang dicadangkan terlalu sedikit jika hendak dibandingkan dengan jumlah projek yang ingin dibangunkan.

Pasar Awam Apollo diarah tutup, gagal patuhi SOP
Keadaan di pasar itu didapati terlalu sesak sehingga menyukarkan penjarakan fizikal.

Pejabat NCIA di Pulau Pinang, Cyberjaya beroperasi ketika PKP
NCIA berkata semua program termasuk di pusat empowerNCER akan kekal beroperasi dengan aktiviti yang minimum dan mematuhi SOP.

PKP: Jumlah kenderaan masih tinggi di P. Pinang
Jumlah kenderaan di beberapa lokasi jalan raya di Pulau Pinang tidak menunjukkan penurunan ketara walaupun negeri itu diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu, bermula h

Isu air: Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedia jumpa MB Kedah di mahkamah
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata Pulau Pinang akan mempertahankan hak riparian sumber air negeri itu.

Solat Jumaat, fardu di negeri PKP terhad ahli jawatankuasa masjid
Solat Jumaat dan solat fardu di beberapa negeri yang kini dalam tempoh PKP dilaksanakan hanya terhad kepada ahli jawatankuasa masjid dan surau.

LSANK selesai perinci maklumat, bantu Kedah tuntut caj air mentah dari P. Pinang - Menteri Besar
Lembaga Sumber Air Negeri Kedah selesai perinci maklumat kebergantungan Pulau Pinang terhadap sumber air dari negeri Jelapang Padi itu.

Projek kereta kabel Bukit Bendera akan diteruskan - Chow Kon Yeow
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri menerusi Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) akan meneruskan projek tersebut melalui konsep kerjasama dengan pihak swasta.

P. Pinang tawar sekolah sebagai PKRC jika kes COVID-19 terus meningkat
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata penggunaan sekolah tersebut adalah sebagai tambahan kepada dewan komuniti.

P.Pinang diminta tidak boros berbelanja - Gerakan
Kerajaan Pulau Pinang diminta tidak bersikap boros berbelanja dengan menukar kereta rasmi baharu untuk Ketua Menteri ketika rakyat hidup susah dalam keadaan pandemik COVID-19.