Skip to main content

Dunia

Pintu sempadan Rafah dibuka semula selepas berminggu ditutup

FILE PHOTO: A UN vehicle leads ambulances carrying war-wounded people and patients who leave Gaza, for treatment abroad, through the Rafah border crossing between Gaza and Egypt after it was opened by Israel on Thursday for a limited number of people, in Khan Younis in the southern Gaza Strip, March 19, 2026. REUTERS/Ramadan Abed/File Photo
Pintu sempadan Rafah, laluan yang menghubungkan Semenanjung Gaza dengan Mesir, dibuka semula pada Khamis, menurut sumber keselamatan rasmi. - Gambar fail/REUTERS/Ramadan Abed

KAHERAH: Pintu sempadan Rafah, laluan yang menghubungkan Semenanjung Gaza dengan Mesir, dibuka semula pada Khamis, menurut sumber keselamatan rasmi.

Pintu sempadan itu dibuka semula "dalam kedua-dua arah", kata sumber itu kepada Xinhua dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan kerana dia tidak dibenarkan bercakap kepada media.

Advertisement

Televisyen Al-Qahera News Mesir menyiarkan rakaman yang menunjukkan sebilangan kecil rakyat Palestin sedang bersiap sedia untuk menyeberang dari pihak Mesir kembali ke Gaza.

Sumber itu menambah bahawa lapan rakyat Palestin yang menerima rawatan perubatan di Mesir, bersama 17 ahli keluarga, tiba lebih awal di pintu sempadan tersebut untuk pulang ke rumah di Gaza.

Ambulans juga beratur di sebelah Mesir untuk menerima rakyat Palestin yang datang dari kawasan genting berkenaan, tambahnya.

Pintu sempadan Rafah ditutup pada 28 Feb berikutan serangan Israel dan Amerika Syarikat ke atas Iran. Israel mengumumkan pada Ahad bahawa pintu sempadan itu akan dibuka sementara pada Rabu untuk pemindahan individu, namun alasan kelewatan pembukaan semula itu tidak dilaporkan.

-- BERNAMA-XINHUA

Must Watch Video