Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) mampu memartabatkan bahasa Melayu serta menjadi bahasa pengikat silaturahim, dalam kalangan sesama manusia berbeza budaya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"PABM juga berupaya menjadi platform untuk mengangkat intipati bahasa Melayu dan bangsa Melayu itu sendiri, supaya terus kekal relevan dalam arus globalisasi," katanya semasa merasmikan pertandingan akhir PABM di sini pada hari Jumaat.
Turut hadir di majlis itu isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.
Najib juga berkata dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa dunia ia memerlukan perancangan cukup rapi dan teliti.
Justeru, katanya, sebagai kerajaan berwibawa, ia akan terus memastikan bahasa Melayu menjadi bahasa perdana di tanah air.
"Meskipun ruang diberikan kepada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain, kerajaan tidak akan berganjak untuk terus menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi pengantar pendidikan di negara ini," katanya.
Dalam ucapannya, Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa kerajaan melalui Kementerian Pendidikan akan menawarkan Biasiswa Antarabangsa kepada tiga pemenang PABM kategori antarabangsa.
"Biasiswa itu bagi melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dan doktor falsafah setelah mereka memenuhi syarat-syarat akademik di Institusi Pengajian Tinggi Awam," katanya.
Beliau berkata PABM juga akan memperkenalkan format baru dengan mewujudkan satu lagi kategori, iaitu kategori pelajar antarabangsa yang menuntut di institusi pendidikan tinggi di negara ini.
Sebanyak 80 peserta dari 75 buah negara antaranya Rusia, Itali, Belanda, Jepun, Jerman, Gambia, Ghana, Arab Saudi, Afrika Selatan, China, Australia, Korea dan Amerika Syarikat menyertai pertandingan yang bermula sejak 22 April lepas.
Bernama
Sat Apr 26 2014
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa merasmikan pertandingan akhir PABM di Serdang.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Hantaran Macron dalam Bahasa Melayu cetus kekaguman, eratkan hubungan Malaysia-Perancis
Hantaran itu walaupun ringkas, ditulis sepenuhnya dalam Bahasa Melayu, mencetuskan kekaguman dan rasa ingin tahu dalam kalangan pengguna laman sosial.
DBP pertingkat program bahasa Melayu di universiti luar negara
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan meningkatkan program bahasa Melayu di beberapa universiti luar negara termasuk China, Thailand dan Jepun dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan itu.
PM Anwar tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris, fobia bahasa kebangsaan
Perdana Menteri menegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.
Penguasaan bahasa tidak harus bersifat ''zero-sum game'' - PM Anwar
Perdana Menteri mengingatkan penekanan terhadap sesuatu bahasa tidak seharusnya bersifat 'zero-sum game'', sehingga meminggirkan Bahasa Melayu.
Amalkan Bahasa Melayu beradab, pelihara maruah bahasa kebangsaan - Pakar
Penggunaan Bahasa Melayu secara tidak berhemah, terutama di platform media sosial, semakin meresahkan masyarakat Malaysia.
Bahasa Melayu berpotensi sebagai bahasa kedua ASEAN
Tian Chua berkata Bahasa Melayu telah lama berfungsi sebagai bahasa serantau yang menghubungkan masyarakat pelbagai latar belakang.
Syarikat China lancar janaan dalam bahasa Melayu perkukuh AI di Asia Tenggara
Alto AI melancarkan LLM yang pertama dalam Bahasa Melayu bagi memperkukuh janaan AI di Asia Tenggara meliputi pelbagai bidang.
Program Semarak Bahasa Kebangsaan galak pelajar Cina kuasai Bahasa Melayu
Program Semarak Bahasa Kebangsaan Kampung Baru melibatkan sekolah aliran Cina yang dilaksanakan sejak Jun 2016 bertujuan menggalakkan pelajar meningkatkan penguasaan bahasa Melayu.
Menteri Pendidikan akan jumpa PIBG dari 11 sekolah Cina - Fahmi
Kumpulan itu membantah pelaksanaan sekurang-kurangnya satu kelas menggunakan BM sebagai bahasa pengantar dalam Program DLP di sekolah itu.
Kolej Thailand lancar Kursi Ismail Sabri, promosi pengajian Melayu dan ketamadunan
Katanya, kursi itu permulaan bagi memperkenal pengajian Bahasa Melayu dan Ketamadunan Melayu di kolej dan universiti lain di Thailand.