Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) belum bercadang memangggil 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi menjawab persoalan mengenai pelaburan dan operasi syarikat itu kerana prestasi kewangannya sudah diaudit firma antarabangsa terkemuka.
Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata bagaimanapun pihaknya menyambut baik jika Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB yang baharu, Arul Kanda Kandasamy mahu hadir secara sukarela bagi memberikan penjelasan di hadapan PAC.
"Kami tidak akan memanggil 1MDB, bagaimanapun jika Arul Kanda mahu hadir secara sukarela bagi memberikan penjelasan di hadapan PAC...ia sesuatu yang amat dialu-alukan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata setakat ini, PAC berpendapat kedudukan kewangan 1MDB belum berdepan dengan sebarang masalah memandangkan ia sudah diaudit firma audit antarabangsa, dan belum ada bukti kukuh syarikat berkenaan menghadapi sebarang masalah.
1MDB, syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan Malaysia, pada 13 Jan lepas memaklumkan telah menebus semula sepenuhnya US$2.318 bilion yang dilaburkan oleh syarikat itu dalam dana berdaftar di Kepulauan Cayman.
Arul Kanda dalam kenyataannya berkata dana itu merupakan pembayaran semula pinjaman yang disediakan kepada PetroSaudi pada 2011 dalam bentuk nota-nota Murahaba susulan penamatan perjanjian sebelum ini yang dimeterai untuk menjalin usaha sama dengan syarikat itu.
Nota-nota berkenaan yang dibayar sepenuhnya dan faedah, kemudian dilaburkan dalam dana yang dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Monetari Cayman.
Sebelum ini, 1MDB menebus US$1.215 bilion yang mewakili 60 peratus dana yang dilabur, dan kini menebus tambahan US$1.103 bilion yang membabitkan baki daripada sejumlah US$2.318 bilion yang dilaburkan pada asalnya.
Nur Jazlan berkata PAC belum berpeluang membincangkan mengenai isu 1MDB secara rasmi dalam mesyuaratnya dan belum bercadang memanggil syarikat berkenaan bagi memberikan sebarang penjelasan.
Beliau juga berkata isu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dan 1MDB adalah dua perkara yang berbeza kerana klia2 adalah berkaitan dengan kenaikan kos, pertukaran reka bentuk, kelewatan dan kualiti pembinaan serta pemilihan kontraktor.
PAC telah memanggil Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) kerana syarikat itu merupakan pengurus projek klia2 bagi menjelaskan mengenai perkara-perkara tersebut dan PAC tidak menyiasat mengenai kewangan MAHB yang diaudit oleh firma audit terkemuka antarabangsa, katanya.
"Orang ramai perlu faham dua isu ini dengan jelas, PAS tidak menyiasat MAHB sebaliknya hanya projek klia2. Dalam konteks 1MDB kita tidak bercadang memanggil mereka kerana kewangan syarikat ini sudah diaudit, jadi jangan timbul lagi sebarang kekeliruan lagi selepas ini," katanya.
Nur Jazlan bagaimanapun berharap kerajaan membenarkan Jabatan Audit Negara melakukan audit prestasi terhadap projek klia2 selaras dengan syor serta rumusan Laporan PAC yang dibentangkan pada November lepas.
Bernama
Sun Jan 25 2015
PAC belum bercadang memanggil 1MDB bagi menjawab persoalan mengenai pelaburan dan operasi syarikat kerana sudah diaudit firma antarabangsa. -Gambar fail
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penyatuan, keamanan misi mencabar untuk Syria
Ketegasan pemimpin Syria yang tidak mahu adanya campur tangan kuasa besar, dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan Syria kembali berpecah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
'Saya tidak berdendam, tapi jumpa di akhirat' - Najib
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa tiada dendam terhadap pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya.
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
Kerajaan berjaya sekat PSI daripada guna AS$340 juta dana dikaitkan dengan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd dan pengarahnya menggunakan AS$340 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Najib nafi arah pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah mengarahkan pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kes 1MDB: Siasatan terhadap Roger Ng masih berjalan - KPN
Polis masih menjalankan siasatan terhadap bekas Ketua Perbankan Pelaburan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng, berhubung skandal 1MDB.
Najib nafi dakwaan usaha sama 1MDB adalah untuk kepentingan UMNO
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa 11MDB dan usaha sama projeknya diwujudkan untuk kepentingan peribadinya atau untuk mengukuhkan UMNO.